Banner

Thursday 26 January 2012


Solat itu tiang agama. Jika solat itu elok maka eloklah amalnya. Jika solat itu rosak maka rosaklah amalnya. Solat merupakan juzuk penting dalam Islam sehinggakan diibaratkan sebagai TIANG agama.
Jika kita analogikan sebuah rumah, masakan dapat berdiri sesebuah rumah itu tanpa dibina tiangnya terlebih dahulu. Tiada tiang maka tidak jadilah rumah. Begitu juga jika lemah tiangnya, maka rapuhlah rumah itu nanti.
Oleh itu kita sepatutnya mengambil berat akan SOLAT kita. Bagaimana?
Dengan memastikan setiap solat yang kita lakukan setiap hari itu adalah solat yang berkualiti. Betul tak?
Jadi bagaimana pula nak mendapatkan kualiti dalam solat?
Dengan memperolehi KHUSYUK dalam solat, insyaAllah solat itu bakal menjadi berkualiti.
InsyaAllah di bawah ini Kisah Wanita ingin berkongsi teknik-teknik mencapai khusyuk ketika solat.
1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjamaah(yang paling afdhal ialah di masjid)
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan
4. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota
5. Memakai pakaian yang bersih
6. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang bakal mengganggu fikiran atau membimbangkan hati
7. Mengingati mati dan kemungkinan itu adalah solat kita yang terakhir
8. Menyedari diri bahawa diri sedang berhadapan dengan ALLAH yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya
9. Memenuhkan dada dengan perasaan TAKUT dan rendah diri kepada Allah yang memerhatikan segala gerak geri kita
10. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan zikir-zikirnya
11. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat
12. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat itu
13. Memanjangkan sedikit tempoh semasa sujud dan rukuk
14. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat
15. Jangan memandang ke kiri dan kanan semasa solat
Ada banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mencapai khusyuk di dalam solat. Yang disenaraikan di sini hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Cubalah mengaplikasikan teknik-teknik diatas dalam usaha kalian untuk mendapatkan khusyuk didalam solat. Jangan hanya simpan di dalam kepala sahaja tanpa cuba mengamalkannya :)
InsyaAllah semoga Allah memberkati usaha kita untuk memperbaiki solat kita. Kita berdoa agar beroleh kekhusyukan dalam setiap solat dan ibadah yang kita lakuakan. Selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment