Banner

Wednesday 25 January 2012


Resepi Kewangan – Menguasai kewangan dan kehidupan ( Financial Planning )

Resepi Kewangan - Menguasai kewangan dan kehidupan
Resepi Kewangan – Menguasai kewangan dan kehidupan ( Financial Planning ) Duit diperlukan dalam kehidupan seharian untuk membeli makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Semua orang memerlukanya termasuk saya sendiri. Apa yang penting kita harus menguasai duit dan bukan sebaliknya.
Kita dikuasai oleh duit sekiranya terbeban dengan hutang yang tinggi. Belanja bulanan melebihi darijumlah pendapatan. Bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang penting ialah bertindak sekarang dalam menguasai duit.
Berikut adalah beberapa resepi kewangan untuk menguasai duit:

Resepi kewangan 1 – Menjejaki duit yang hilang

Menjejaki duit yang hilang adalah membuat catatan kesemua perbelanjaan dan penerimaan duit. Dengan membuat catatan, ini dapat membantu mengenalpasti kemana duit itu dibelanjakan dan berapa jumlahnya. Catatan perbelanjaan boleh dilakukan dengan apa saja antaranya
- buku 555
- menyimpan setiap resit pembelian
- membayar secara online
- catatan menggunakan perisian excell, quiken, mint dan sebagainya.
Resepi Kewangan 2 – Membuat perancangan kewangan
Menguasai duit memerlukan perancangan kewangan yang baik. Keseimbangan perlu ada dalam perbelanjaan dan simpanan. Fomula keseimbangan kewangan ( Balanced money formula ) oleh Elizabeth Warren dan Amelia Tyagi adalah satu contoh yang baik untuk mengawal perbelanjaan. Di sini duit akan dibahagikan kepada 3 kategori
Keperluan 50% – barang yang mesti ada seperti rumah, makanan, pakaian dll
Simpanan 20% – simpan untuk masa depan dan pesaraan
Kehendak 30% – membeli barang atau perkhidmatan yang kita suka tapi tidak kritikal dalam kehidupan harian. astro, internet, makan di restoran ( fast food ) dan sebagainya.
Saya menggunakan fomula ini untuk mengawal kewangan bulanan. Namun masih tidak dapatkeseimbangan kerana keperluan 60%, simpanan 25% dan kehendak 15%. Ini berlaku kerana banyak peratusan untuk membayar hutang. Bayaran tambahan dari ( minimum payment in credit card ) diketegorikan sebagai simpanan. Apa yang penting adalah anda mencari resepi kewangan anda sendiri ( You are your own chef )

Resepi Kewangan 3 – Jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan

Perbelanjaan hendaklah dikawal. Sekiranya belanja melebihi pendapatan sampai bila pun kita tidak akan dapat keluar dari belenggu hutang. Kawal perbelanjaan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak. Tetapkan kategori belian anda, adakah ini keperluan ataupun kehendak. Kurangkan kehendak dan pelajari bagaimana untuk mendapat ketenangan dengan benda yang sedikit. ( less is more )
Resepi Kewangan 4 – Hapuskan hutang
Bayar kesemua hutang. Sama ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan sebagainya. Cari jalan pulang adalah artikel awal untuk keluar dari belenggu hutang. Hutang adalah seperti api dalam sekam menunggu sahaja untuk membakar kita dengan bebanan dan komitmen yang tinggi. Dalam proses penghapusan hutang perjalanan adalah berliku-liku dan susah. Walaupun sukar ia bukanlah mustahil. Dalam proses ini tindakan drastik mahupun sukar perlu diambil untuk mencari jalan pulang. Lakukan sesuatu yang dapat membantu anda kelular dari belenggu hutang. Ikutilah jalan yang jarang anda lalui ( the road less taken ) unutk mencapai matlamat anda. Hayatilah, jalan ini hanyalah bersifat sementara untuk mendapatkan kebahagiaan yang berpanjangan di kemudian hari.

Resepi Kewangan 5 – Memberi untuk menerima

Angka adalah nombor tetapi Satu riggit bukanlah nombor satu semata-mata. Dalam kewangan perbelanjaan dan duit melibatkan sikologi. Kita rasa lebih gembira apabila melihat duit simpanan bertambah, hutang berkurang. Namun kita juga harus belajar unutk memberi duit dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Allah memberi rezeki kepada semua umatnya. Rasailah sendiri bagaimana perasaan anda untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi boleh juga dari bentuk masa, tenaga dan perkhidmatan. Yang penting ialah keikhlasan untuk membantu dan mengharapkan balasan hanya dari allah.
Resepi Kewangan 6 – Mempertingkatkan ilmu kewangan
Amal tanpa ilmu gila dan ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Pelajarilah ilmu berkaitan kewangan dari buku, blog, televisyen dan sebagainya. Terdapat banyak buku berkaitan kewangan seperti azizi ali, blog kewangan seperti bebas hutang dan forum kewangan yang lain. Dalam buku Robert kiyosaki ada disebut berkaitan kepintaran kewangan ( financial intelligent )  walaupun saya tidak setuju secara keseluruhanya namun apa yang penting ialah dengan ilmu kewangan kita boleh menilai sama ada ianya berguna atau tidak.
Resepi Kewangan 7 – Menyimpan pendapatan.
Simpan duit, simpan duit, simpan duit. Simpan sebahagian duit anda untuk masa depan. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan. Ini dinyatakan sendiri oleh azizi ali dan juga buku ” Richest Man in Babylon” Simpan dulu duit anda kemudian baru berbelanja.
Tindakan akan mengatasi segala. Dengan apa yang ada bertindaklah sekarang walaupun sedikit. Jangan berrtangguh kerana demi masa manusia dalam kerugian.
Popularity: 10% [?]

No comments:

Post a Comment