Banner

Wednesday 25 January 2012


Bagaimana untuk bijak wang?

Kewangan semestinya menjadi topik penting dalam kehidupan kita.Ada pelbagai cara untuk mendapatkan wang tetapi terdapat pelbagai cara lagi untuk anda habiskan wang tersebut.Jadilah seorang yang bijak wang demi untuk kebaikan sendiri.

Langkah pertama dan penting;

-Mula membuat bajet

-Buka buku simpananan

-Mula menyimpan wang

-Kawal perbelanjaan

-Jauhkan dari berhutang


Kenapa perlu menyimpan wang?

Kegunaan sewaktu kecemasan

Elakkan berhutang

Rancangan masa hadapan seperti persaraan

Membuat bajet

Mengikut pakar kewangan,langkah utamanya dalam bijak wang adalah membuat bajet.

Sebelum membuat bajet,tentukan satu jangkamasa bajet tersebut samada bulanan,harian atau tahunan dan paling mudah ialah membuat bajet bulanan kerana semua bil-bil dikira dalam tempoh sebulan,jadi ini memudahkan kita.

Seterusnya tentukan pendapatan bulanan seperti gaji,pendapatan sampingan seperti pelaburan,kerja part time dsb.

Tentukan perbelanjaan

Perkara yang ramai orang tidak suka buat,iaitu mengetahui apa perbelanjaanya.
Ini adalah perkara paling penting untuk membuat bajet.Selepas mengira berapa wang masuk setiap bulan,kini perlu kira pula wang keluar setiap bulan.Tentukan perbelanjaan tetap seperti sewa,bil-bil,ansuran bulanan kereta,rumah,insuran dsb.Manakala perbelajaan lain-lain yang tidak tetap seperti belanja petrol,tol,hiburan,makanan-anda boleh ambil kiraan perbelanjaan dalam tempoh 3 bulan kemudian bahagikan 3 untuk mendapatkan purata.Jadilah seorang yang bijak wang!

Hitung lebihan wang anda

Kini tiba masanya untuk mengira pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan.Tentukan samada masih ada lebihan atau kekurangan.Jika kurang,inilah masanya untuk anda tentu perbelanjaan mana yang perlu dikawal atau dihenti.Jadilah seorang yang bijak wang!

Menyimpan rekod

Suatu yang penting tetapi ramai tidak buat,iaitu menyimpan rekod.Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan.Anda boleh membuat satu buku catatan kecil seperti buku 555.

Mula untuk menyimpan

Cara terbaik untuk menyimpan ialah setkan objektif anda.
Apakah tujuan anda menyimpan? Samada untuk hari tua atau pun ada sesuatu yang perlu dibeli pada masa hadapan.Jika anda merancang untuk membeli contohnya kereta,anda perlu tentukan berapa harga muka kereta tersebut,dan tentukan berapa simpanan sebulan yang perlu buat.Contohnya,RM 20,000 dalam 3 tahun anda akan beli kereta tersebut ,maka simpanan bulanannya ialah RM 555.55 setiap bulanan.Menurut Azizi Ali ,pinjaman kereta yang terbaik adalah dibawah 5 tahun.Lagi kurang lagi baik.Untuk mengurangkan tempoh pinjaman tersebut,adalah dengan mula menyimpan dahulu sebahagian seperti untuk pembayaran pendahuluan.Ini bagi mengelakkan anda berhutang dalam jumlah yang banyak.Dengan RM 20,000 silap-silap anda sudah mampu memilki kereta terpakai.Bijak wang dan jimat wang.
Jadilah seorang yang bijak wang!

Pantau kewangan anda

Simpan semua resit perbelajaan,lihat perbelanjaan harian dibuat,keluar masuk setiap hari serta simpan resit ATM.

Mula melabur

Jika wang anda lebih, boleh mula melabur secara tetap seperti di ASB,Public Mutual dsb.
Jadilah seorang yang bijak wang!

Kawal perbelanjaan

Kurangkan makan diluar rumah.Makan diluar ini memang menyeronokkan dan senang.Disebabkan semua orang bekerja maka makan diluar adalah satu kemestian.Bagaimanapun cuba untuk kurangkan makan diluar seperti waktu malam atau hari cuti.Jadilah seorang yang bijak wang!

Kurang habit minum untuk bersosial

Sesetengah orang suka minum untuk bersosial.Melepak dikedai minuman terutama di kedai minuman yang standard seperti di Starbuck.Jika anda serius menyimpan wang,kurangkan aktiviti ini.Jadilah seorang yang bijak wang!

Beli barang yang kurang berjenama dan berkualiti atau beli barang terpakai.

Berjenama atau nilai wang anda.Maka pilihlah yang sesuai.Jika anda merasakan sesuatu barangan itu,berjenama tetapi mahal,semestinya anda berfikir 2 kali.Kecualilah anda seorang yang mempunyai wang yang banyak. Jadilah seorang yang bijak wang!

Hentikan perbelanjaan tidak perlu

Sekiranya anda melanggan TV berbayar,maka boleh hentikan.Memang agak membosankan tetapi jika kewangan anda meruncing inilah satu kenyataannya.Jadilah seorang yang bijak wang!


Jimatkan penggunaan tenaga eletrik

Penjimatan eletrik sedikit sebanyak memberi impak kepada kewangan anda.Jimatkan eletrik dan lihat kesannya.Atau boleh guna alatan yang menjimatkan tenaga eletrik seperti lampu berwatt rendah.Jadilah seorang yang bijak wang!

Jauhkan dari berhutang

Bayar kredit kad anda segera.Kad kredit adalah beban kepada kewangan anda jika tidak dikawal.Guna debit kad,sekiranya anda merasakan anda mempunyai tabiat perlu menunjukkan kad ketika membeli.Jadilah seorang yang bijak wang!

Jangan beli barangan yang tidak mampu

Ini sudah semestinya.Belanja diluar kemampuan adalah merupakan punca utama masalah kewangan sejagat.Jadilah seorang yang bijak wang!

Simpan wang untuk membayar hutang anda

Jika anda masih mempunyai baki hutang yang banyak,maka anda boleh menyimpan wang semata-mata untuk membayar hutang tersebut seperti hutang kad kredit.Jangan berhutang untuk membayar hutang.Jadilah seorang yang bijak wang!

Bayar untuk diri sendiri dahulu

Menyimpan untuk anda sendiri patut menjadi keutamaan,jangan anda beranggapan akan menyimpan apa yang tinggal dihujung bulan kerana kemungkinan tiada apa-apa akan tinggal.Mulakan dengan menyimpan wang ke akaun simpanan berasingan dari yang digunakan untuk gaji anda.Contohnya buka akaun Tabung Haji.Gunakan 10% daripada gaji untuk simpanan.Katakan gaji anda ialah RM 710.68 maka ambil RM 71.68 dan simpan untuk anda. Jika anda menyimpan selama secara konsisten selama 30 tahun, anda boleh mendapat RM 25,000 lebih.Dengan hanya menggunakan 10% sahaja,bayangkan jika wang ini dilaburkan secara tetap ke amanah saham selama 30 tahun dengan menggunakan 10 % dari pendapatan sahaja.Jadilah seorang yang bijak wang!

No comments:

Post a Comment