Banner

Wednesday 25 January 2012


Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila ‘i love you
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Read the rest of this entry »
Apabila perkahwinan anda berada dalam kesusahan dan menjadi semakin parah, maka anda perlu keluar dan mendapatkan bantuan. Anda tentu sekali tidak boleh memperbaiki keadaan anda sendiri jika keadaan semakin tidak terkawal. Dapatkan nasihat dan bantuan daripada orang yang berpengalaman secepat mungkin. Jangan biarkan perkahwinan anda terus dibuai keresahan.
Jadi persoalannya sekarang, di mana atau dengan siapa anda boleh dapatkan bantuan untuk perkahwinan anda? Jawapannya; di mana-mana atau sesiapa sahaja! Apa yang anda perlu lakukan adalah bersikap terbuka dengan semua kritikan atau  nasihat yang anda terima dan aplikasikannya ke dalam perkahwinan anda. Cubalah!
Berikut adalah beberapa tempat bagi mencari bantuan untuk perkahwinan anda:
Rakan-rakan
Kadang-kala kita sukar untuk berkongsi masalah dengan kawan kita kerana sebab-sebab tertentu. Tapi kawan-kawan juga sebenarnya boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah perkahwinan anda. Namun, bukan semua rakan atau kawan anda sesuai untuk diberitahu  tentang masalah anda. Carilah kawan-kawan yang benar-benar anda percaya dan seeloknya kawan-kawan anda yang berpengalaman dalam hal-hal sebegini. Hal ini kerana, mereka yang berpengalaman dan telah melalui detik-detik masalah dalam perkahwinan bakal membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda.
Read the rest of this entry »
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Read the rest of this entry »

Antara amalan yang disarankan ketika hamil ialah:
1. Banyakkan bertaubat
- memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. Perbanyak syukur kepada Allah swt atas kenikmatan ini agar Allah swt menambah nikmat-Nya dengan anugerah anak yang shalih.
2.  Lakukan proses tarbiyah (pendidikan) anak sejak dalam kandungan
-Iaitu dengan cara mengajari janin melalui perilaku dan perbuatan ibu dan suami dalam rumah tangga. Insyaallah bila ibu dan suami rajin menjaga solat tepat waktu, membaca Al Quran, dzikir pagi danpetang, dan berbagai ibadah lainnya akan memberi pengaruh positif bagi janin.
2. Menutup Aurat 
- Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.
Read the rest of this entry »
Nabi Daud ’alihis-salaam merupakan seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah kepada Allah. Hal ini disebutkan langsung oleh Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Nabi Daud ’alihis-salaam sangat rajin mendekatkan diri kepada Allah. Beliau sangat rajin memohon kepada Allah agar dirinya dicintai Allah. Beliau sangat mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan dirinya sendiri, keluarganya sendiri dan air dingin yang bisa menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir. Inilah penjelasan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mengenai doa Nabi Daud tersebut: Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”
Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Read the rest of this entry »

No comments:

Post a Comment