Banner

Wednesday 25 January 2012


Petua – Petua

Petua Mengurangkan Kesakitan Bisul
Ambil beberapa helai pucuk daun lada api, ramas atau tumbuk dengan perlahan sehingga sedikit hancur. Campurkan bersama kapur sirih dan mulakan dengan meletakkan sedikit demi sedikit di keliling bisul. Insyaallah , kesakitan yang anda alami akan berkurangan.
Petua Menghilangkan Kotoran Berminyak.
Jika baju anda terkena minyak, letakan bedak pada kotoran berminyak tersebut, kemudian basuh dengan sabun, kotoran lebih mudah ditanggalkan. Insyaallah.
Petua Masakan Ikan Lebih Lembut dan Sedap
Sekiranya anda ingin sedapkan lagi masakan anda terutamanya yang menggunakan ikan ada caranya. Caranya ialah Campurkan sedikit halba kedalam masakan anda. Insyaallah ikan itu akan jadi lebih sedap.
Petua Sabun Mandi Hilangkan Kotoran.
Biasanya bahan lengan dan kolar baju susah hendak dihilangkan kekotorannya, terutama baju sekolah anak – anak. Rendam baju seketika, kemudian sapukan sabun mandi pada tempat yang kotor itu. Biarkan semalaman. esok paginya basuhlah seperti biasa. Anda akan dapati kekotoron mudah dihilangkan.
Petua Tanggalkan Pacat dan Lintah.
Jika anda masuk hutan atau turun ke sawah, kadangkala kita akan digigit oleh pacat atau lintah, memang susah hendak menanggalkannya kerana binatang itu akan melekat kuat pada kulit. Cara mudah untuk membuangnya ialah dengan meletakkan sedikit tembakau dan pacat akan mudah ditanggalkan.
Petua Kenal Pasti Masakan Cukup Garam
Sukar bagi kita untuk mengenal pasti sama ada masakan cukup garam atau tidak, lebih – lebih lagi apabila kita berpuasa, salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini, letak kuah masakan anda di atas jari. Jika ia tidak meleleh bererti masakan anda cukup masinnya tetapi jika jari anda terasa perit ini menunjukan masakan anda terlebih garan.. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment