Banner

Thursday 26 January 2012


aban hari kebanyakan dari kita, termasuk saya, berkerja dan terus berkerja namun masih belum berjaya mencapai apa yang diinginkan. Ini kerana kebanyakan dari kita gagal memperuntukkan masa untuk berfikir tentang apa yang kita benar-benar inginkan dalam hidup dan tidak melihat keinginan tersebut sebagai matlamat yang formal. Samalah seperti kita membuat perjalanan yang jauh tapi tak tahu mana hujungnya, kan?
Journey Without Destination
Menentukan dan merancang matlamat hidup merupakan satu proses penting yang memerlukan seseorang ‘memandang’ kejayaannya pada masa depan, dan menjadikan ‘pandangan’ tersebut sebagai motivasi untuk menukarkannya kepada realiti.
Proses ini juga penting kerana ianya membantu kita memilih siapa diri kita pada masa depan. Dengan mengetahui secara tepat apa yang ingin kita capai, kita akan dapat mengetahui bahagian mana yang perlu digandakan usaha, supaya kita tidak melakukan usaha yang sia-sia yang akhirnya mengganggu dan melemahkan fokus kita untuk berjaya.
Mengapa Perlu Menentukan Matlamat?
Menentukan matlamat hidup membolehkan kita mempersiapkan diri dengan segala pengetahuan yang diperlukan. Selain itu, ianya turut membantu kita menguruskan masa dan sumber yang ada dengan betul dan berkesan.
Matlamat yang jelas juga mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri – atau self confidence – dengan mencari setiap potensi dan kebolehan yang ada pada diri sendiri untuk mencapai matlamat yang telah kita rancangkan. Perancangan ini harus bersifat realistik dan praktikal untuk setiap individu, maka seharusnya tidak ada alasan bahawa matlamat ini tidak mampu kita capai kerana kita sendiri yang menentukannya!
Peringkat-peringkat Asas dalam proses Menentukan Matlamat Hidup
Secara umumnya, terdapat 3 Peringkat Asas Menentukan Matlamat Hidup:
  • Pertama, dengan mencipta gambaran secara keseluruhan apa yang anda inginkan dalam hidup (katakan untuk 1o tahun akan datang) dan kenal pasti matlamat-matlamat besar yang ingin anda capai.
  • Kedua, dengan memecahkan matlamat-matlamat besar tadi kepada beberapa bahagian kecil yang perlu anda capai sepanjang proses yang pertama tadi.
  • Akhir sekali, hanya selepas merancang dua jenis matlamat yang disebutkan di atas barulah anda mula bertindak mencapai setiap matlamat-matlamat tersebut.
Apakah strategi yang lebih terperinci dalam setiap peringkat di atas? Artikel akan datang akan menjelaskan langkah demi langkah dalam proses merancang dan menentukan matlamat hidup anda.

No comments:

Post a Comment