Banner

Wednesday 25 January 2012


Cara – cara Menabung Dengan Berjaya!!



Nak simpan duit? Nak simpan duit sebenarnya tiada lah susah sangat sekiranya kita menyimpan dengan bijaksana, siapa yang tak nak bila ada duit kan? kalau rokok tu bolehlah katakan ‘tak nak’, tapi kalau duit percaya rasanya ramai yang akan katakan nak.. nak.. nak… kalau tanya bagi pihak qimie[dot]com pun mestilah qimie pun nak.
Nak cari duit, nak cari duit memang agak sukar sedikit, tapi kalau nak berbelanja pula semudah petik jari je, petik je beli, petik je beli, lama kelamaan, sedar tak sedar duit gaji pun habis, barang yang dikatakan dibeli tadi pun entah kemana, Kalau nak di ikutkan sebenarnya menabung ni seronok, ada macam – macam cara menabung bagi qimie[dot]com, bayangkan bila anda tengok penuh syiling dalam bekas mineral water , duit simpanan beribu – ribu ringgit, anda mampu tersenyum bukan.
Cara – cara menabung ini hanya cara yang dilakukan oleh qimie[dot]com kalau sekiranya anda rasa tak boleh ikut dan ada inisiatif lain yang lebih baik bolehlah kita berkongsi bersama – sama, kerana menabung adalah amalan yang mulia, kalau qimie, qimie tak galakan menyimpan duit dalam akaun yang sama dengan akaun gaji, bukan apa.. kalau duit yang kita simpan sama dalam akaun bank yang dapat gaji nanti susah pulak kita nak agak berapa sebulan yang dapat kita simpan, lagipun nanti bila dah habis duit di poket, asyik nak kena cucuk kat atm je, takde je cucuk, takde je cucuk, lama – lama yang simpan pun habis.
  • Jadi dekat ruangan yang tak seberapa ni qimie[dot]com ingin berkongsi cara – cara menabung yang mudah ,semudah itu….
  1. Keluarkan Dulu Duit Dari Dalam Bank Simpanan Untuk Gaji. Bila dah keluarkan semua senang untuk membuat perancangan perbelanjaan , bukan bermakna keluar semua belanja semua, buat perancangan yang terliti contohnya berapa ringgit perbelanjaan bagi setiap hari, bayar apa – apa bil dan perbelanjaan.
  2. Buka satu lagi akaun bank tanpa kad atm, biar susah sikit nak keluar , maklumlah kadang – kadang sesetengah orang tu suka cucuk, ada pun dia cucuk.. orang macam ni jenis yang suka tengok dompet atau beg duit dia sentiasa ada banyak duit.. senang nak belanja..
  3. Simpan duit anda dalam Sijil Simpanan Premium, kenapa? bagi qimie[dot]com cara yang ini paling digemari, sebabnya apabila kita menyimpan dengan sijil simpanan premium yang berharga rm10.00 satu unit kita memerlukan masa dalam 45 hari untuk tebus semula wang yang telah kita simpan dalamsijil simpanan itu tadi, dalam masa 45 hari, manakata kitapun dah dapat duit gaji yang lain.. jadi memang dah tak ganggu duit yang telah disimpan tadi, tapi dia punya dividen tak lah banyak sangat, kalau ada rezeki pula menyimpan dengan sijil simpanan premium ini boleh dapat kereta besar.. (kalau tak silap kereta yang dapat tu boleh jual balik, bank kenakan caj 25% ke apa- aku tak pasti sangat).
  4. Menyimpan dengan cara Pinjaman. Maksudnya menyimpan dengan cara membuat pinjaman, contohnya membuat pinjaman ASB, mengikut pengalaman qimie[dot]com yang membuat pinjaman sebanyak 50k, tahun pertama, memang akan terasa rugi, tahun kedua, rasa sikit je, tahun ketiga, rasa untung sikit, tahun ke empat rasa macam simpan atas angin je… tapi menyimpan dengan guna cara ni kena hati yang kuat dan tidak goyah.. kena ada target, sebabnya nak rasa macam untung atas angin kita tak perlu usik akaun asb bertahun – tahun.. masuk ni dah 4tahun tak usik ada dalam 15k dividen nanti dia campur dengan 50k pinjaman semua sekali ada 65 k.. kalau cantik nanti dapat lagi dividen paling rendah pun 7%. bayangkan dalam 16 tahun lagi dengan umur yang baru mencecah 44 tahun.. berapa agaknya simpanan ASB tadi.. huuuuuuuuuu…. Life Begin At 40.. hahaha..
  5. Kalau ada lebih top up je ASB.. Dapat bonus 4,5 bulan 2 bulan hantar kat asb, biar dia membesar disana.
  6. Last sekali apa yang qimie buat, duit syiling ada je dalam poket masuk botol, jumpa je dalam mesin basuh, masuk botol, jumpa je botol.. kang kalau buat tabung banyak sangat pulak.. abaikan botol tu. kalau rajin kumpul botol plastik boleh jugak, sekilo berapa sen tak ingat, manakata syiling yang banyak kadang ada atas peti ais, dekat sebelah tv, dalam kereta, kumpulkan dalam tabung.. pasti anda akan terkejut dengan hasilnya.. sebenarnya syiling tu je boleh dapat 2 atau 3 ratus.. cuba mulai sekarang cari syiling kat rumah dah kumpulkan.. pasti berbaloi…
  7. Ada juga menyimpan dengan saham macam public mutual, cimb wealth advisor tapi tak berapa suka sangat.. aritu masuk lepas tu kena potong cas apantah.. lagipun tak berapa pandai sangat bab yang ni..
Akhir kata, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. bijaklah merancang masa depan anda… (macam iklan pulak) .

No comments:

Post a Comment