SAINTIS BARAT AKUI MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT
AL-FALAK atau Astronomi merupakan
satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan,
malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji
sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai
kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya
siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai
dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar
buat kita semua.
Fenomena matahari terbit dari barat
merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi
mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula
diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu.
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud):
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)
Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.
Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?
’Retrograde Motion’ merupakan
satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang
berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada
Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi.
Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia
mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang
hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau
bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah
bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya
yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet
Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke
barat.
Retrograde Motion, pergerakan orbit yang berlawanan
National Aeronautic and Space
Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah
mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah
matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?
Apabila kita melihat daripada Bumi,
seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita
berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke
barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus
ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat
Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi
dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia.
Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?
Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi
dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke
timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari
merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar
apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau
gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan
orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan
sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari
berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka
mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan
para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.
Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?
Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia
sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya
akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui
kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku
kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.
Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?
Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan
stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil
daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah
pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan
berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang
kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi
yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi.
Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?
Fenomena ini masih di dalam kajian dan
dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang
40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan
kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub,
Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada
tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah
dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata
kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu.
Chicxulub crater , kesan hentaman asteroid yang tak dapat dilihat oleh mata kasar
Komet adalah asteroid yang merupakan
objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas.
Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan
jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah
lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.
No comments:
Post a Comment