Banner

Sunday 29 January 2012

Nuffnang Ads

Cara Menjana Kemahiran Motor Halus Anak

September 14, 2011 By: surihati_ku Category: "How To"
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB26Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Rindunya hati apabila laman pakarhowto tidak dijengah semenjak Suri mempunyai sebuah blog baru. Episod bermula takala ia digodam begitu teruk sekali oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan blog pakar sepi tanpa bunga-bunganya. Insyallah kehadiran Suri pada hari ini akan mencuba sadaya yang mampu untuk memberikan sedikit fokus pada blog ini.
Topik yang ingin Suri ketengahkan rasanya semua ibu bapa harus mengambil tahu untuk membentuk perkembangan motor anak-anak anda seusai dia dilahirkan sehinggalah ia membesar sebagai generasi yang berjaya. Berikut Suri senaraikan beberapa point penting untuk rujukan sahabat semua.
Disini Suri berikan beberapa cara yang mudah untuk untuk ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam kemahiran motor halus anak. Berikut adalah saranan yang wajar anda membantu si kecil agar ia berupaya bermain persekitarannya dengan lebih baik lagi.

Objek jatuh
Ketika barang permainan kanak-kanak atau bayi jatuh biarkan dia sendiri mengutip objek atau alat permainan tersebut di atas lantai atau meja. Ini menunjukkan petanda bahawa dia memiliki kemahiran motor halus dan baik.


Tisu muka yang lembut atau kertas

Lihat dia akan cuba merasai kelembutan tisu itu dan cuba mengoyakkannya. Ia menandakan bahawa pergerakan otot-otot si kecil seperti jari-jemarinya, mata dan sebagainya sedang berkerja keras untuk merasi nikmat sesuatu barang tersebut apabila dipegang, di ramas dan sebagainya.

Menconteng
Takala kanak-kanak atau bayi anda sedang menulis atau menconteng ia menandakan kemahiran asas dalam perkembangan motornya amat bagus sekali. Ini kerana mereka berupaya untuk memegang, berimiginasi tinggi terhadap daya pemikirannya.
Bermain play-doh atau tepung
Manfaatnya sama seperti bermaian tisu dan kertas juga. Memahirkan jari – jemari membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk mengulangi permainan tersebut berulang kali. Ini menandakan bahawa kemahairan motor yang digunakan sebaik mungkin. Dari memegang, menumbuk, melecek semuanya melibatkan daya motor halus.

No comments:

Post a Comment