Banner

Thursday 26 January 2012


Layan lai blended

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kenalkah anda dengan ‘buah lai’? Kalau biasa pergi ke pasar malam mesti tau tentang buah lai ni. Tak tau?? Cuba tengok gambar ni..

Mesti tau kan buah ni? Sebenarnya ada juga perdebatan tentang nama buah ni. Ada yang kata ianya buah ‘pear’ tapi mengikut pengalaman si Zool buah pear adalah buah yang agak kehijauan dan lebih lonjong lagi. Kalau di Indonesia pula, lai dimaksudkan dengan sejenis durian. Bagaimana pula di tempat anda? Apakah nama buah ni? Mungkin ada perbezaan kot..
Apapun namanya inilah antara buah yang menjadi kegemaran di pasar malam selain dari buah oren dan epal. Si Zool pun memang suka melayan buah lai ni dan tetiba hari ni terasa nak blendnya.. Jadi akhirnya buah pepejal yang bulat seperti gambar di atas ditukar menjadi cecair. Layankan aksi bagaimana proses tersebut..

Buah Lai ni dipotong untuk memudahkan proses di dalam ‘blender’. Cara potong, ikut suka le. Nak kasi cincang 18 bahagian pun boleh je..

Dah siap cincang sumbatkan dalam blender. Ni blender murah. Kalau ada blender yang khas untuk buat air buah lagi senang. Boleh terus campak-campak je lepas tu blender terus jalankan tugas dia. Kalau rasa tak nak manis, try tambah gula.. Ooo ye… sebelum terlupa , kalau pakai blender yang jenis cam dalam gambar ni, kenalah masukkan air sikit. Kalau tak rosak nanti mata pisau blender tu..

Dah habis blend tu bolehlah tapiskan dia. Kalau tak nak tapis pun boleh tapi mungkin tak berapa selesa sebab ada sisa-sisa terlebih tu..

Dah setel tapis jadilah warna lebih kurang camni…

Untuk lebih jelas warnanya, air diletak di cawan yang lebih ‘transparent’.huhuhuhu

Akhir sekali, minum jela…
Senang je kan buat air ‘buah lai’ ni. Jangan katakan kita yang bijak pandai ni. Bebudak darjah 5 pun boleh buat kan?
Okay cukuplah setakat ini. Kita minum dulu..
Sekian..

No comments:

Post a Comment