Petua Untuk Wanita Tampil Menawan
February 3, 2011 By Leave a Comment

2. Gunakan Gincu Dengan Betul – Gincu
perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Untuk sapuan
gincu kelihatan cantik, gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar
ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak
kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika inginkan bibir
anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.
3. Sesuaikan Solekan Dengan Majlis – Jika anda menghadiri
sesuatu majlis atau sebarang aktiviti, anda perlu mengenakan solekan
yang berbeza. Anda perlu bijak dalam mengenakan solekan supaya tidak
akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.
Jangan mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di
tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan
siang dan solekan malam.
4. Jangan Ragu-Ragu – Ada sesetengah wanita
yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir
akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Jangan bimbang kerana anda hanya
mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Solekan
yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan
langsung.
5. Kenalpasti Keseluruhan Penampilan Anda – Pilih
solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi.
Contohnya, jika berkulit gelap anda perlu mengenakan solekan dengan
warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada
berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan pemakaian
pelembab yang mengawal minyak.
6. Pilih Warna Rambut Yang Sesuai – Warna
rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda . Warna kulit
yang cerah perlu disesuaikan dengan warna rambut yang cerah.
No comments:
Post a Comment