Mandi Songsang Untuk AWET MUDA
Lazimnya
orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala.
Cara mandi begini sebenarnya akan memberikan kesan yang negatif pada
kesihatan diri dan sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana
siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas.
Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi
lemah. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari
kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri
dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di
kepala.)
Kebaikan dan Kelebihan Mandi Sonsang
1) Anda akan awet muda dan sentiasa kelihatan segar.
2) Bahagian otak anda akan menjadi bertambah baik untuk befungsi, kerana mandi sonsang akan mengembangkan salur darah otak.
3) Sistem pertahanan badan anda bertambah baik fungsinya untuk tahap kesihatan yang maksima.
4) Anda boleh kurangkan stress.
5) Anda boleh meninggikan daya ingatan anda.
6) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
7) Jiwa anda akan sentiasa bersemangat.
8) Menguatkan gusi dan gigi anda.

Amalan dan Doa Semasa Mengandung
Mengandung
adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah
suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita
lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti
akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.
Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak
dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu
bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.
Di
antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan
memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan
berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
- Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
- Surah Yusuf, agar mendapat anak yang soleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
- Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
- Surah Maryam.
- Surah al-Ikhlas.
Petua Untuk WANITA Cantik dan Manis Dipandang
REMPAH RATUS
Memakan
rempah ratus dalam bentuk serbuk amat mujarab dan ianya akan lebih
berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Rempah
ratus berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu,
daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk
mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh
badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti
Fatimah, tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan.
Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah
itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada
yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum , dijadikan serbuk atau
dimasukkan dalam kapsul.
JAMU
Mengamalkan
jamu dari umur masih muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan
anda awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum
selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup
tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh mempercepatkan
menopause.

Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan
Kenapa
semakin berumur semakin lemah? Dari segi saintifik, ini adalah kerana
kemerosotan sel otak. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ini
berlaku:
1) Kurang zat makanan atau mineral atau vitamin.
2)
Kurang penggunaan akal fikiran (kurang berfikir secara aktif)
menyebabkan sel otak menjadi lemah dan mati. Sel otak yang mati tidak
akan diganti lagi setelah kita dewasa kerana pertumbuhan sel otak telah
berhenti.
3)
Otak kurang rehat (kurang dapat oksigen). Kurangnya oksigen menyebabkan
otak jadi letih menyebabkan kita tidak dapat tumpu pada pelajaran atau
pengajian atau hal-hal lain.
4)
Terlalu banyak makan (terutamanya makanan berasid, seperti asam).
Apabila kita terlalu banyak makan menyebabkan otak jadi malas dan lembab
yakni lemah. Juga makanan berasid menyebabkan darah kita mempunyai
tahap keasidan yang tinggi. Selain daripada itu darah bawa oksigen ke
otak, bawa bersama asid ini, maka akan merosakkan sel otak kita.
PETUA:
1. Yakin dengan kebolehan sendiri - Kita
perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kita mempunyai daya ingatan yang
baik. Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau
’saya susah mengingati nama orang’. Padamkan fikiran sebegini dan
berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatan kita. Ramai yang gagal untuk
belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal
untuk berasa yakin dengan diri sendiri.
2. Latih otak - Latihan
yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatan kita. Mulakan
dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih
kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Anda boleh mencuba
belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru. Cabar minda
anda dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak anda akan
mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.
3. Jaga pemakanan - Kata
orang kita ialah apa yang kita makan. Diet yang seimbang baik untuk
tubuh dan otak. Secara mudah anda boleh mengambil makanan tambahan
seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan kita.
4. Luaskan imaginasi - Cipta
imaginasi sendiri secara kreatif dan mudah diingati. Bayangkan atau
visualkan apa yang anda cuba ingat. Contohnya, apa yang dapat anda
bayangkan tentang seorang budak dan sebuah buku. Jangan sekadar
membayangkan seorang kanak-kanak sedang membaca buku. Sebaliknya cipta
visual imaginasi seperti sebuah buku sedang mengejar kanak-kanak
tersebut. Atau, budak tersebut sedang makan buku. Lakarkan visual yang
luarbiasa kerana ianya akan lebih mudah diingati.
5. Ulang dan ulang - Sentiasa
ulang apa yang ingin anda ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir
kekasih atau pasangan anda, atau nombor telefon seseorang. Kemudian
tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak yang anda ulang, semakin
banyak yang anda akan ingat.
6. Tingkatkan perhatian - Ada
orang selalu merungut mereka mudah lupa nama orang yang mereka baru
jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana ingatan atau memori anda yang
teruk. Ianya kerana anda kurang memberi perhatian terhadap nama dan
sifat mereka. Belajar mengingati nama dengan mengaitkan sifat fizikal
dan tingkah laku mereka.
7. Beri cukup masa - Jangan
mudah berputus asa. Beri masa secukupnya untuk diri anda belajar
mempertingkatkan daya ingatan. Setiap manusia mempunyai daya yang
berbeza untuk mengingati sesuatu perkara. Jauhi diri dari gangguan
luar supaya anda lebih fokus. Contohnya ketika anda cuba mengingati
nombor telefon rakan baru anda, jangan sibuk berfikir tentang jenama
telefonnya.
Petua Untuk Kuruskan Badan
- Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.
- Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
- Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
- Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.
AMALAN:
- Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
- Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.
- Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
No comments:
Post a Comment