JOM KITA TARIK DUIT.
Duit dan harta ada dimana-mana, merata-rata dia duduk, didepan mata kita pun ada banyak duit dan harta, dikiri, dikanan, didepan dan dibelakang kita, semuanya duit, kenapa tak ambik. Tak Boleh ambik. Tak nampak ?. itu lah sebab tak ditarik jadi duit dan harta tu anda tak nampak dan tak boleh nak ambik.Tu yang kadang-kadang kita ada terdengar ada orang gila atau isim jadi kaya, mengira-ngira kerjanya sambil bercakap sorang-sorang. He he. Itulah orang gila ( isim ) nak jadi kaya.
Jangan melalut panjang-panjang..
Ini caranya nak menarik duit dan harta kekayaan datang sebanyak-banyaknya kepangkuan kita. Duit dan harta kekayaan yang berkat, bukannya yang haram dan tak berkat. Sebagai ingatan ( AWAS ) jangan sesekali anda memakan duit dan harta yang haram dan tak berkat, buruk padahnya nanti dihujung penghidupan anda, kalau tak pun anak cucu kita yang akan menerima balanya nanti. Itu ingatan saya je. nak ikut, ikut lah tak nak ikut tak apa. Its ok.
Caranya.
Tiap-tiap malam lepas sembahyang Isyak :-
Duduk berkonsentrasi bersendirian , kata orang alim ulamak ( Berklalwat ) maknanya duduk bersunyi-sunyi bersendirian. Konsentrasi kepada kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.
1. Baca al fatihah dengan khusyuk 1 kali - Pembukaan urusan - Iqtiqad kepada Allah s.w.t
2. Baca al-Fatihah 1 kali - Untuk Junjungan besar Nabi Muhammad saw
3. Baca al-Fatihah 1 kali - Untuk kedua ibu bapa kita
4. Baca al-Fatihah 1 kali - Untuk para malaikat
5. Baca al-fatihah 1 kali - Untuk para wali dan ilmuan islam
6. Baca al-fatihah 1 kali - Untuk sekelian Roh muslimin/muslimat
7. Baca al-fatihah 1 kali - Untuk Seluruh alam dan penghuninya
Seterusnya - Baca selawat keatas nabi - 11 kali
Seterusnya - Baca ayat seribu dinar - 11 kali
Seterusnya - Zikir asma ul-Husna - Ya Wahab,Ya Razak- Ya Gani - Ya Basit - 1000 kali
Konsentrasi sambil duduk bersila tangan menadah diatas lutut anda - fokas mohon kepada Allah
Lakukan setiap malam kalau boleh atau berselang hari kalau tak mampu, atau seminggu sekali kalau sibuk sangat. Tapi jangan tak buat langsung - payah lah jadinya nanti.
Sebelum tidur malam bacakan tujuh kali ayatul kursi mohon keselamatan diri kita dalam tempuh 24 jam seterusnya daripada segala musibah,bencana.fitnah dan mohon dilapangkan dan dipermudahkan segala perjalanan kehidupan kita.
Keesokannya - Keluarlah anda melangkahkan kaki pergi bertugas ( Bekerja ) dengan niat kerana Allah s.w.t . Kalau boleh semasa anda bersiap-siap untuk keluar bekerja tu sambil berzikir dalam hati atau kumat kamit ke jangan sampai terdengar orang pulak- nanti jadi riak pulak. zikirkan Ya-Razak atau apa-apa sahaja diantara 99 nama Allah dalam asma ul-Husna.
InsyaAllah selang beberapa bulan - Jika diizinkan Allah rezeki anda akan dipermudahkan atau segala harta dan rezeki atau duit-duit yang dikiri,kanan,depan,belakang, atas dan bawah anda akan ternampak dan terfikir akan caranya untuk mengambilnya.
Sebagai ingatan - Jangan sampai kita berkerja dan berusaha berterusan tanpa sedikit pun mengingati Allah. Kita duk kutip je sebanyak-banyaknya rezeki Allah di alam ini ikut rasa kita je. tak terfikir langsung bahawa itu semuanya anugerah Allah s.w.t.
Mudah-mudahan saya doakan anda semua mendapat rahmat, taufik dan hidayah dari Allah s.w.t, dimurahkan rezeki berpanjangan serta disihatkan badan adanya dan berbuatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya. Kerana Apa yang kita kumpulkan didunia ini, itulah yang akan kita bawa pulang nanti kealam akhirat.
Duit dan harta ada dimana-mana, merata-rata dia duduk, didepan mata kita pun ada banyak duit dan harta, dikiri, dikanan, didepan dan dibelakang kita, semuanya duit, kenapa tak ambik. Tak Boleh ambik. Tak nampak ?. itu lah sebab tak ditarik jadi duit dan harta tu anda tak nampak dan tak boleh nak ambik.Tu yang kadang-kadang kita ada terdengar ada orang gila atau isim jadi kaya, mengira-ngira kerjanya sambil bercakap sorang-sorang. He he. Itulah orang gila ( isim ) nak jadi kaya.
Jangan melalut panjang-panjang..
Ini caranya nak menarik duit dan harta kekayaan datang sebanyak-banyaknya kepangkuan kita. Duit dan harta kekayaan yang berkat, bukannya yang haram dan tak berkat. Sebagai ingatan ( AWAS ) jangan sesekali anda memakan duit dan harta yang haram dan tak berkat, buruk padahnya nanti dihujung penghidupan anda, kalau tak pun anak cucu kita yang akan menerima balanya nanti. Itu ingatan saya je. nak ikut, ikut lah tak nak ikut tak apa. Its ok.
Caranya.
Tiap-tiap malam lepas sembahyang Isyak :-
Duduk berkonsentrasi bersendirian , kata orang alim ulamak ( Berklalwat ) maknanya duduk bersunyi-sunyi bersendirian. Konsentrasi kepada kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.
1. Baca al fatihah dengan khusyuk 1 kali - Pembukaan urusan - Iqtiqad kepada Allah s.w.t
2. Baca al-Fatihah 1 kali - Untuk Junjungan besar Nabi Muhammad saw
3. Baca al-Fatihah 1 kali - Untuk kedua ibu bapa kita
4. Baca al-Fatihah 1 kali - Untuk para malaikat
5. Baca al-fatihah 1 kali - Untuk para wali dan ilmuan islam
6. Baca al-fatihah 1 kali - Untuk sekelian Roh muslimin/muslimat
7. Baca al-fatihah 1 kali - Untuk Seluruh alam dan penghuninya
Seterusnya - Baca selawat keatas nabi - 11 kali
Seterusnya - Baca ayat seribu dinar - 11 kali
Seterusnya - Zikir asma ul-Husna - Ya Wahab,Ya Razak- Ya Gani - Ya Basit - 1000 kali
Konsentrasi sambil duduk bersila tangan menadah diatas lutut anda - fokas mohon kepada Allah
Lakukan setiap malam kalau boleh atau berselang hari kalau tak mampu, atau seminggu sekali kalau sibuk sangat. Tapi jangan tak buat langsung - payah lah jadinya nanti.
Sebelum tidur malam bacakan tujuh kali ayatul kursi mohon keselamatan diri kita dalam tempuh 24 jam seterusnya daripada segala musibah,bencana.fitnah dan mohon dilapangkan dan dipermudahkan segala perjalanan kehidupan kita.
Keesokannya - Keluarlah anda melangkahkan kaki pergi bertugas ( Bekerja ) dengan niat kerana Allah s.w.t . Kalau boleh semasa anda bersiap-siap untuk keluar bekerja tu sambil berzikir dalam hati atau kumat kamit ke jangan sampai terdengar orang pulak- nanti jadi riak pulak. zikirkan Ya-Razak atau apa-apa sahaja diantara 99 nama Allah dalam asma ul-Husna.
InsyaAllah selang beberapa bulan - Jika diizinkan Allah rezeki anda akan dipermudahkan atau segala harta dan rezeki atau duit-duit yang dikiri,kanan,depan,belakang, atas dan bawah anda akan ternampak dan terfikir akan caranya untuk mengambilnya.
Sebagai ingatan - Jangan sampai kita berkerja dan berusaha berterusan tanpa sedikit pun mengingati Allah. Kita duk kutip je sebanyak-banyaknya rezeki Allah di alam ini ikut rasa kita je. tak terfikir langsung bahawa itu semuanya anugerah Allah s.w.t.
Mudah-mudahan saya doakan anda semua mendapat rahmat, taufik dan hidayah dari Allah s.w.t, dimurahkan rezeki berpanjangan serta disihatkan badan adanya dan berbuatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya. Kerana Apa yang kita kumpulkan didunia ini, itulah yang akan kita bawa pulang nanti kealam akhirat.
Ya Ghaffar bermakna Maha Pengampun. Allah itu suka memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya dan juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan hambaNya yang dikehendaki. Jadikanlah Ya Ghaffar sebagai zikir harian, Insya-Allah, segala dosa2nya akan diampunkan. Seterusnya, sesiapa yang membaca Ya Ghaffar sebanyak 100 kali setelah usai solat Jumaat, Insya-Allah, Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.
Ya Qahhar membawa maksud Maha Menguasai. Amalkan membaca Ya Qahhar sebanyak 306 kali sehari semalam, dengan izin Yang Maha Esa, orang itu akan terhapus dari perasaan cintakan dunia & kehebatan sesuatu selain dari Allah s.w.t dan Allah akan membantunya menghadapi musuh2nya. Seandainya anda berhajat dengan untuk mendapatkan sesuatu, bacalah ya Qahhar sebanyak 100kali dan kemudaia berdoalah dengan menadah tangan dan mengangkat kepalanya serta berdoa dengan bersungguh2, Insya-Allah akan dikabulkan doa tersebut.
Allah itu Maha Pemberi, itulah maksud Ya Wahhab. Bacalah Ya Wahhab sebanyak 300 kali atau lebih setiap hari selepas mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, anda akan dikurniakan kekayaan, kehebatan & kebesaran.
Bersama-samalah kita mengamalkan Asmaul Husna ini dengan penuh istiqamah & keyakinan, Allah Maha Melihat & Mendengar, Insya-Allah semua doa dan harapan kita akan dikabulkan. Insya-Allah…
Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat
berkongsi lagi 3 fadilat dari Asmaul Husna yang sangat indah ini.
Ya Ghaffar bermakna Maha Pengampun. Allah itu
suka memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya dan juga menutupi dosa-dosa
dan kesalahan hambaNya yang dikehendaki. Jadikanlah Ya Ghaffar sebagai zikir
harian, Insya-Allah, segala dosa2nya akan diampunkan. Seterusnya, sesiapa yang
membaca Ya Ghaffar sebanyak 100 kali setelah usai solat Jumaat, Insya-Allah,
Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.
Ya Qahhar membawa maksud Maha Menguasai.
Amalkan membaca Ya Qahhar sebanyak 306 kali sehari semalam, dengan izin Yang
Maha Esa, orang itu akan terhapus dari perasaan cintakan dunia & kehebatan
sesuatu selain dari Allah s.w.t dan Allah akan membantunya menghadapi
musuh2nya. Seandainya anda berhajat dengan untuk mendapatkan sesuatu, bacalah
ya Qahhar sebanyak 100kali dan kemudaia berdoalah dengan menadah tangan dan
mengangkat kepalanya serta berdoa dengan bersungguh2, Insya-Allah akan
dikabulkan doa tersebut.
Allah itu Maha Pemberi, itulah maksud Ya
Wahhab. Bacalah Ya Wahhab sebanyak 300 kali atau lebih setiap hari selepas
mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, anda akan dikurniakan kekayaan,
kehebatan & kebesaran.
Bersama-samalah kita mengamalkan Asmaul Husna
ini dengan penuh istiqamah & keyakinan, Allah Maha Melihat & Mendengar,
Insya-Allah semua doa dan harapan kita akan dikabulkan. Insya-Allah…
Incoming
search terms:
Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha, pada
saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat
ditengah-tengah langit. Ada pun waktu yang paling utama ialah apabila
cuaca sudah mulai panas.
Bilangan Rakaat Solat Dhuha :
Bilangan rakaat solat Dhuha yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan(8) rakaat,dan menurut yang disabdakannya ialah duabelas(12)rakaat,sekurang-kurangnya dua(2) rakaat.
Banyak pendapat mengenai bilangan rakaat solat Dhuha ini tetapi secara kesimpulannya ramai ulama menyatakan bahawa sekurang-kurangnya bilangan rakaat solat Dhuha ialah dua rakaat dan sebanyak-banyaknya ialah lapan rakaat menurut riwayat yang kuat.
Cara Melakukan Solat Dhuha:
Sebagaimana solat-solat lain, maka sebelum melakukan solat Dhuha hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwudhuk. Kemudian berdiri mengadap kiblat sambil menetapkan niat di dalam hati.
Niat solat Dhuha ialah " Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala".
Kemudian mengangkat takbiratul ihram dan dilanjutakn dengan bacaan-bacaan dan zikir yang disunahkan. Seelok-elok surah yang elok dibaca ialah 'WA AL-SYAMSI WA DHUHA' dan 'WA AL-DHUHA'. Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir 'YA WAHHAB' (Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.
Setelah beri salam bacalah zikir "YA BASITH" SEBANYAK 10 kali. Selepas itu baca pula ayat seribu dinar 3 kali dan disudahi dengan doa solat Dhuha iaitu:
"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah,
jika rezekiku sukar,mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu."
Bilangan Rakaat Solat Dhuha :
Bilangan rakaat solat Dhuha yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan(8) rakaat,dan menurut yang disabdakannya ialah duabelas(12)rakaat,sekurang-kurangnya dua(2) rakaat.
Banyak pendapat mengenai bilangan rakaat solat Dhuha ini tetapi secara kesimpulannya ramai ulama menyatakan bahawa sekurang-kurangnya bilangan rakaat solat Dhuha ialah dua rakaat dan sebanyak-banyaknya ialah lapan rakaat menurut riwayat yang kuat.
Cara Melakukan Solat Dhuha:
Sebagaimana solat-solat lain, maka sebelum melakukan solat Dhuha hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwudhuk. Kemudian berdiri mengadap kiblat sambil menetapkan niat di dalam hati.
Niat solat Dhuha ialah " Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala".
Kemudian mengangkat takbiratul ihram dan dilanjutakn dengan bacaan-bacaan dan zikir yang disunahkan. Seelok-elok surah yang elok dibaca ialah 'WA AL-SYAMSI WA DHUHA' dan 'WA AL-DHUHA'. Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir 'YA WAHHAB' (Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.
Setelah beri salam bacalah zikir "YA BASITH" SEBANYAK 10 kali. Selepas itu baca pula ayat seribu dinar 3 kali dan disudahi dengan doa solat Dhuha iaitu:
"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah,
jika rezekiku sukar,mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu."
1. “Ya
Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat
tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.
2. “Ya
Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita
akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang
dengan izin Allah.
3. “Ya
Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan
mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta &
kasih serta sayang terhadap kita.
4. “Ya
Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan
berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya
Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong,
iri hari, dengki dll.
6. “Ya
Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita
akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat &
sejahtera.
7. “Ya
Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga
& segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala
macam gangguan yang merosakkan.
8. “Ya
Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak,
Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya
‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita
akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10.”Ya
Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan
menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. “Ya
Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan
bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi
pembantu yg setia.
12.”Ya
Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin
otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak
kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13.”Ya
Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca
sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari
kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14.”Ya
Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka
cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.
Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir”
sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang
suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama
3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15.”Ya
Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah
zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16.”Ya
Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan
dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang
selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. “Ya
Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu
didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa
pun akan hilang.
18. “Ya
Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,
Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki
akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. “Ya
Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita
akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. “Ya
‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah
akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. “Ya
Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan
Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. “Ya
Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha
& berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari,
InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. “Ya
Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk
& tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila
mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. “Ya
Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan
selamat & terhindar dari kecurian.
25. “Ya
Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. “Ya
Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang
kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar
& membayar hutangnya kembali.
27. “Ya
Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita
tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. “Ya
Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan
menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik &
hidayah dari Allah.
29. “Ya
Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci,
InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama
& membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. “Ya
Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu,
InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. “Ya
Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi
para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris
& maju.
32. “Ya
Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang
teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya
ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. “Ya
Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. “Ya
‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian
ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin
Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. “Ya
Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan
diterima taubatnya oleh Allah.
36. “Ya
Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan
terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. “Ya
‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini
sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam
pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama
kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.
InsyaAllah mujarab.
38. “Ya
Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah
sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. “Ya
Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari
gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. “Ya
Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam
hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan,
maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat &
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. “Ya Hasiib!”
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah
akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. “Ya
Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari
kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya
dengan izin Allah.
43. “Ya
Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur.
Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. “Ya
Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang
dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar
dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….
45. “Ya
Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar
doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini
sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. “Ya
Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap
pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan
Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita
dari hasad dengki sesama makhluk.
47. “Ya
Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap
hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal
& mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. “Ya
Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita
akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga
kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. “Ya
Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa
menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka
amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan
& usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan
menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. “Ya
Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada,
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. “Ya
Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang
dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. “Ya
Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. “Ya
Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi
gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan
menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. “Ya
Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila
berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. “Ya
Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat
yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. “Ya
Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah
elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan
izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh
orang-orang yang bersifat dengki.
57. “Ya
Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja
yang paling berhak menerima segala pujian.
58. “Ya
Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan
yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak
mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. “Ya
Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan
sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….
60. “Ya
Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya,
amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah
dipertunjukkan akan hasilnya.
61. “Ya
Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan
diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. “Ya
Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan
didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. “Ya
Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.
64. “Ya
Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang
hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala
hajat.
65. “Ya
Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh
& teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. “Ya
Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap
hari.
67. “Ya
Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin
untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai
menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah
berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. “Ya
Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah
kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa
segar & sentiasa.
69. “Ya
Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka
amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan
berhasil.
70. “Ya
Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara
lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar
kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. “Ya
Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa
yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya
segala usahanya akan berhasil”.
72. “Ya
Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah
zikir ini.
73. “Ya
Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. “Ya
Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu
bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. “Ya
Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat
yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala
rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. “Ya
Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat
fardhu.
77. “Ya
Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah.
Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. “Ya
Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan
tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak
mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. “Ya
Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa
yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. “Ya
Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka
hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk
kembali ke jalan yang lurus.
81. “Ya
Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak
melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir
ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan
Allah.
82. “Ya
‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni
segala dosanya oleh Allah.
83. “Ya
Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa
sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu
siang mahupun malam.
84. “Ya
Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak
212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.
InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. “Ya
Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama
sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. “Ya
Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan
akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. “Ya
Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari
rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu
akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. “Ya
Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa
yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu
akan mendapat berkat.
89. “Ya
Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita
akan tercapai.
90. “Ya
Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu
menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari
orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. “Ya
Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan
sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi &
telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. “Ya
Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini
setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang
yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. “Ya
Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia
mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir
ini setiap pagi & petang.
94. “Ya
Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian
ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir
ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. “Ya
Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan
memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. “Ya
Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki
tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan
berkat zikir ini.
97. “Ya
Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau
sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada
setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir
ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik
& memberangsangkan.
98. “Ya
Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun
biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi
bertambah cerdas.
99. “Ya
Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh
pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
·
Jaga solat
·
Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat
seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
·
Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu,
zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita
akan lenyap
·
Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari
setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
·
Zikir Ya Lathiff(Maha Penyantun/Halus) - 133x
setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt.
Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
·
Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari
(100x)
·
Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah
kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca
baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa
kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati
mereka, dimurahkan rezeki juga
·
Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah
Bismillah
Cara-cara Solat Dhuha
Posted on April 14,
2008 by aku
Pengertian :Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha,yakni pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat ditengah-tengah langit (istiwak ***[1]***).Ada pun waktu yang paling utama ialah apabila cuaca sudah mulai panas.
Bilangan Rakaat Solat Dhuha :
Bilangan rakaat solat Dhuha yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan(8) rakaat,dan menurut yang disabdakannya ialah duabelas(12)rakaat,sekurang-kurangnya dua(2)rakaat.
Banyak pendapat mengenai bilangan rakaat solat Dhuha ini tetapi secara kesimpulannya ramai ulama menyatakan bahawa sekurang-kurangnya bilangan rakaat solat Dhuha ialah dua rakaat dan sebanyak-banyaknya ialah lapan rakaat menurut riwayat yang kuat.
Cara Melakukan Solat Dhuha:
Sebagaimana solat-solat lain, maka sebelum melakukan solat Dhuha hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwudhuk. Kemudian berdiri mengadap kiblat sambil menetapkan niat di dalam hati.
Niat solat Dhuha ilah ” Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala“.
Kemudian mengangkat takbiratul ihram dan dilanjutakn dengan bacaan-bacaan dan zikir yang disunahkan. Seelok-elok surah yang elok dibaca ialah ‘WA AL-SYAMSI WA DHUHA’ dan ‘WA AL-DHUHA ***[2]***”
Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir ‘YA WAHHAB ***[3]***’(Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.
Setelah beri salam bacalah zikir “YA BASITH” SEBANYAK 10 kali. Selepas itu baca pula ayat seribu dinar 3 kali dan disudahi dengan doa solat Dhuha iaitu:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah,jika rezekiku sukar,mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu,KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu.”
No comments:
Post a Comment