Banner

Wednesday 15 February 2012

Menguap?

Perasankah anda apabila seseorang menguap, orang lain ikut sama? Penyelidik menyatakan dalam 40- 60% orang yang melihat gambar orang menguap akan turut menguap. Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga. Kalau kita lihat kucing yang kita pelihara itu, boleh nampak kucing itu pun menguap.
Kenapa Kita Menguap? Penerangan saintifik menyatakan bahawa kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berfikiran bahawa kita menguap kalau kita rasa bosan.
Kepercayaan Orang Dahulu Kala - Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greek yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang itu menguap, dia akan ditimpa bahaya.
Kenapa Menguap Boleh Berjangkit? Apabila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi. Informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang khas. Ia menjadi aktif apabila kita membuat sesuatu atau kita melihat orang lain membuat sesuatu, lalu meniru aksi orang lain.

Yang mana kuat menguap itu, tutuplah mulut ye, tak senonoh nampak..hehe
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment