Banner

Wednesday 8 February 2012

kelebihan ayat 7 dan fadilat

(( قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ )) سورة التوبة ( آية:51)Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ )) يونس (آية:107)
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
بسم لله الرحمن الرحيم

(( وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ )) هود (آية:6)
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
بسم الله الرحمن الرحيم
(( إنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ )) هود (آية:56)
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
بسم الله الرحمن الرحيم
(( وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )) العنكبوت (آية:60)
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
بسم الله الرحمن الرحيم
(( مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ )) فاطر (آية:2)
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
بسم الله الرحمن الرحيم
(( وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ )) الزمر (آية:38

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.

Saturday, March 13, 2010

TEKNOLOGI ROH

Ketika Sayidina Umar Al Khattab memegang tampuk pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah, beliau telah menghantar utusan kepada Yazdajird, Raja Parsi, menyerunya agar memeluk Islam. Malangnya seruan itu ditolak. Yazdajird rela berperang dari menerima seruan tersebut.


Peperangan tidak dapat dielakkan lagi... ramai tentera Parsi terbunuh manakala Yazdajird melarikan diri ke Hulwan. Apabila tentera Islam tiba di Hulwan, Yazdajird dan tenteranya sempat lari ke Asfahan dan berjaya mengumpul kekuatan 60 ribu orang untuk mengepung 3 ribu tentera Islam yang dipimpin oleh Sariyah Ibnu Zanim Al Halaji di tempat bernama Bab Nahawan.

Sariyah rasa tersepit dan bercadang mahu berundur dan kedudukan mereka.

Sayidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di atas mimbar masjid di Madinah, tiba-tiba diperlihatkan oleh Allah kegawatan tentera Islam di Bab Nahawan.

Beliau lantas bertempik:
"Wahai Sariyah! Jangan kau berganjak dari balik bukit itu! Siapa yang memilih serigala untuk mengawal kambingnya adalah orang yang zalim (aniaya)."

Sidang jemaah yang mendengar perubahan mendadak khutbah Sayidina Umar turut menyedari bahaya yang sedang menimpa tentera Islam di medan perang itu... Allah telah memperdengarkan suara tersebut hingga sampai kepada Sariyah dan juga tenteranya.
"Itu suara Amirul Mukminin!"

Lalu mereka pun berbuat seperti yang diperintahtan oleh suara tersebut. Bantuan ketenteraan kemudiannya sampai dari Kufah dan Basrah. Satu pertempuran hebat berlaku dan tentera Parsi dapat dikalahkan walaupun mereka mempunyai tentera yang jauh lebih besar dari tentera Islam.

Sebenarnya komunikasi kerohanian sebegini bukan sahaja berlaku di antara Sayidina Umar dan Sariyah yang merupakan faktor penting kemenangan Islam itu, tetapi juga kepada para pejuang Islam yang bertaqwa zaman-berzaman. Apakah ia boleh juga berlaku di zaman ini ? Jawapannya: Tidak mustahil jika Allah menghendakinya dan jika tentera Islam telah memiliki sifat taqwa!
ISLAM itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit, ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan ‘rohul amal’, yakni roh dalam kita bekerja, roh dalam kita bertindak, roh dalam kita melaksanakan sesuatu, roh dalam kita berjuang dan berjihad, roh dalam sebarang usaha ikhtiar kita, walau dalam bidang apa sekalipun dalam ibadah, dakwah, ekonomi, politik, pembangunan, pertanian, kesihatan, dan lain-lain. Roh amal inilah yang hendak kita jaga sungguh-sungguh kerana ia merupakan nyawa, di samping kita tidak pula menafikan amal lahir atau syariat lahir yakni benda-benda yang dapat dilihat dengan mata lahir. Roh amal itulah tempat pandangan ALLAH kerana ia merupakan intipati amal. Lubbun daripada roh amal itulah ALLAH menilai. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasul dalam sabdanya, “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu”. (Riwayat Muslim). Maksudnya, amalan lahir yang kita buat seperti rukuk, sujud, berdiri dan bacaan-bacaan dalam sembahyang, semuanya ALLAH tidak pandang kalau rohnya sudah tidak ada. Begitu juga percakapan kita yang didengar oleh manusia, perjuangan kita dengan menggunakan tangan dan kaki, pergi ke sana ke mari, bermacam-macam bentuk pembangunan yang kita hasilkan dalam bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya; semuanya tidak ada nilaian di sisi ALLAH kalau rohnya tidak ada. Jadi ALLAH tidak melihat dan memandang gambaran lahir tetapi ALLAH melihat hati kita. Roh usaha kita itu yang ALLAH pandang di samping usaha itu perlu dibuat. Roh amal itu yang dipandang oleh ALLAH di samping amal itu perlu dibuat. Roh jihad itulah yang ALLAH nilai di samping jihad itu perlu dilaksanakan. Roh puasa itulah yang ALLAH beri markah di samping puasa itu perlu dibuat. Begitulah seterusnya. Jadi dalam kita beramal, kedua-duanya lahir batin - mesti kita buat, tetapi penilaian ALLAH pada yang batin. Islam ada rangka, ada nyawa; kedua-duanya perlu. Tetapi nyawa itulah yang dinilai oleh ALLAH. Jadi kalau usaha, ibadah, pembangunan, jihad atau apa saja yang kita cetuskan, sedangkan rohnya tidak ada, samalah seperti manusia yang sudah tidak ada nyawa. Ertinya sudah dianggap bangkai. Manusia, walau bagaimana cantik sekalipun, kalau sudah tiada nyawa maka akan ditanam saja, tidak perlu disimpan lagi. Orang hormat kepada ratu cantik itu kerana rohnya atau nyawanya masih ada lagi. Justeru itu, kita beribadah mesti berserta roh. Kita berdakwah mesti berserta roh. Kita berjihad mesti berserta roh. Begitu juga kita bermusafir, bergaul, berilmu, berpadu, berdoa, berzikir, berekonomi, membangunkan pertanian, membangunkan kesihatan, berkumpul, dan sebagainya; semuanya mesti berserta roh. Hinggakan diam kita pun mesti ada roh. Jadi roh amal perlu kita jaga kerana ia merupakan nilaian ALLAH SWT, di samping soal-soal lahir wajib juga dilaksanakan dan ia tidak boleh diabaikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh amal atau nyawa pada amal, pada usaha kita, pada perbuatan kita, pada ibadah kita itu?. Sebagai contoh, berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita nilai sama ada wujud atau tidak rohnya. Roh SembahyangKalau kita bersembahyang, roh sembahyang itu di antaranya ialah khusyuk, faham apa yang kita baca, hati berasa hina dan kecil di hadapan ALLAH, serta merasakan kebesaran dan kehebatan ALLAH SWT. Bila ada roh yang begitu rupa dalam sembahyang, baru boleh dikatakan sembahyang. Barulah amal sembahyang itu ALLAH terima. Kalau tidak ada maka sujud kita tiada erti apa-apa, berdiri kita tiada erti apa-apa, kefasihan lidah kita membaca ayat-ayat tiada erti apa-apa. Duduk berdiri kita dalam sembahyang sudah tiada erti apa-apa kalau roh sembahyang atau nyawa sembahyang kita sudah tidak ada. Sembahyang yang sudah tidak ada roh ialah 'Sembahyang Bangkai'. Roh Berdakwah Contoh yang lain ialah roh dalam kita berdakwah seperti bercakap, menyampaikan risalah, buku, makalah dan sebagainya. Bagaimanakah yang dikatakan dakwah yang ada roh atau dakwah yang ada nyawa itu?. Iaitu bilamana setiap pendakwah itu merasa apa yang dia buat itu satu tanggungjawab daripada ALLAH SWT, bukan daripada diri dia, dan bukan tanggungjawab daripada jemaah. Jemaah itu cuma sebagai landasan untuk dia berjuang. Seolah-olahnya dia mewakili ALLAH. Ibarat kita mewakili raja atau perdana menteri atau menteri, bolehkah bersenang-senang?. Oleh itu, dalam berdakwah kita patut merasa kita mewakili ALLAH di dunia ini untuk menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia. Inilah yang dikatakan mesti ada rasa tanggungjawab dalam soal dakwah kerana kita diperintahkan oleh ALLAH SWT supaya berdakwah. Kita berdakwah membawa hati yang takut kepada ALLAH. Takut-takut tersilap menyampaikan, atau tersilap menilai hukum. Sebab, kadang-kadang apa yang kita sampaikan dan hukum yang kita beri dalam berdakwah itu didengar oleh ribuan orang. Mereka akan berkeyakinan atau berpegang mengikut sebagaimana yang kita ucapkan atau sampaikan. Kalau kita tersilap, bukan senang kita hendak jumpa setiap orang untuk membetulkan kesilapan kita. Kalau apa yang kita sampaikan itu tidak tepat sebagaimana yang ALLAH dan Rasul perintahkan, bukan sahaja kita terpaksa bertanggungjawab di dunia tetapi juga di Akhirat kelak. Inilah yang dimaksudkan, sewaktu kita berdakwah itu mesti ada rasa takut dalam hati. Takut-takut dalam kita berdakwah itu kita tersalah dan tersilap. Takut itu dalam hati, bukan pada telinga, bukan pada lisan. Sebab itulah kalau kita berdakwah, kita kena bawa hati sama. Jangan hanya membawa lisan sahaja atau membawa cakap sahaja tanpa membawa hati. Dan yang dikatakan roh dakwah lagi, kalau umpamanya dakwah kita orang ramai terima hingga mendorong mereka membuat perubahan, kita rasa syukur kepada ALLAH SWT. Kerana itu adalah kuasa dan nikmat dari-Nya. Rasa syukur itu dirasai oleh hati, bukan mulut, bukan telinga. Jadi kita mesti rasa syukur bila dakwah kita diterima orang. Itulah di antara roh dalam kita berdakwah. Jadi kita berdakwah itu bukannya kerana hobi. Bukan macam kita memancing ikan, memikat burung, main catur ataupun jogging - itu hobi. Jangan kita rasa berdakwah itu sebagai satu hobi tetapi hendaklah kita rasakan ia satu kewajipan yang telah ALLAH pikulkan kepada kita. Oleh kerana kita hendak menyampaikan daripada pihak ALLAH, ia mestilah disertai rasa takut, rasa bimbang. Oleh itu bila orang terima usaha dakwah kita itu, kita rasa syukur kepada ALLAH SWT. Lebih-lebih lagi bukan untuk dibanggakan atau kerana minta dipuji. Kalau roh dakwah ini sudah tidak dijaga walau bagaimana pandai dan fasih kita berdakwah, dan orang senang dengan apa yang kita sampaikan, tetapi ALLAH tidak senang. Orang ramai redha tetapi ALLAH tidak redha. Kerana roh dakwah sudah tidak ada di situ; kita hanya membawa rangkanya semata-mata. Sedangkan rohnya sudah tiada. Ertinya membawa 'Dakwah Bangkai'. Roh Berjihad Jihad ialah gerak diri kita, gerak kaki kita, gerak tangan kita, pergi ke sana-sini memerah otak untuk memikirkan bagaimana hendak menegakkan hukum-hukum ALLAH dalam kehidupan kita. Memerah tenaga lahir dan batin kita untuk mendaulatkan Islam yakni agar hukum-hakam ALLAH itu mendapat tempat di tengah-tengah masyarakat. Ini semua jasad lahir atau rangka pada jihad itu. Rohnya, batinnya macam mana?. Di antaranya, hati mesti dibawa sama dalam berjihad. Hati mesti merasa jihad ini satu tanggungjawab atau satu kewajipan yang telah ALLAH pikulkan kepada kita. Ertinya kita berjihad bagi pihak ALLAH, bukan bagi pihak diri kita, dan bukan bagi pihak jemaah kita. Jemaah itu hanya sebagai landasan untuk memudahkan kita berjuang dan berjihad di tengah masyarakat. Di antara roh jihad lagi ialah niat. Niat itu ialah kerja hati; peranan batin. Niat jihad ialah untuk meninggikan kalimah ALLAH yakni hukum ALLAH yang lima itu: yang Wajib dan yang Sunat hendak kita tegakkan dalam semua aspek kehidupan; yang Haram dan Makruh hendak kita hindarkan dari semua aspek kehidupan; dan yang Harus, kalau boleh kita jadikan ibadah. Seterusnya, dalam waktu kita berjihad itu hendaklah kita berasa takut kepada ALLAH SWT. Kerana jihad ini simpang-siurnya dan liku-likunya terlalu banyak, gelanggangnya terlalu luas; maka mudah saja tersalah dan tersilap. Jadi kena bawa hati sama dalam berjihad. Hendaklah sentiasa ada rasa takut kalau-kalau tersalah dan tersilap. Kalau perjuangan kita tersalah dan tersilap, bukan saja kita rugi dan akan terhukum di dunia bahkan di Akhirat lebih parah lagi ALLAH akan hukum kita. Di antara roh dalam jihad lagi ialah harapkan bantuan daripada ALLAH. Walaupun kita gigih dan aktif berjuang tapi hati mesti selalu saja bergantung kepada Tuhan. Kerana mengikut pengajian dalam aqidah, usaha ikhtiar manusia itu tidak memberi bekas; yang memberi bekas atau yang menjayakan adalah ALLAH SWT. Oleh itu dalam berjihad, hati mesti bergantung kepada ALLAH. Mesti berharap kepada-Nya. Kemudian, yang dikatakan roh jihad lagi ialah, dalam berjihad itu kita rasa lemah. Walaupun kita ada banyak pengikut, alat kelengkapan yang cukup dan hebat, gelanggang jihad kita luas dan sebagainya, namun kita mesti rasa lemah di hadapan Tuhan. Sebab kejayaan itu daripada ALLAH, bukan dari usaha ikhtiar kita walaupun usaha dan ikhtiar kita itu memang diperintahkan. Jadi walaupun riuh-rendah kita berjihad, sampai kadang-kadang mulut kita menempikkan kalimah ALLAHU AKBAR tetapi hati kita mesti tunduk dan mesti rasa lemah kepada Tuhan.Seterusnya, dalam berjihad kita rasa syukur bila mendapat kejayaan dan kemenangan. Ini juga roh jihad. Hendaklah kita malu dengan ALLAH sebab kemenangan itu hadiah atau pemberian dari ALLAH. Ia merupakan rahmat dan nikmat dari-Nya. Kemudian, bila kita kalah atau tidak berjaya umpamanya, hati jangan rasa kecewa. Yang baiknya, hati merasa diri berdosa yang kerananya ALLAH tidak tolong. Tidak bolehlah disalahkan itu dan ini.
Tetapi salahkan diri kita sendiri; ini tiada lain lantaran dosa-dosa kita hingga kita terhijab dari bantuan ALLAH. Oleh itu, setiap kali kita menemui kegagalan dalam berjuang, hendaklah cepat-cepat ingat kembali kepada dosa. Dosa itulah yang menghijab bantuan daripada ALLAH SWT.

http://orangkayatunggakalam.blogspot.com

Mencari keberkatan doa

Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa
sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.
Wallaahu a'lam

nasihat saiyidina ali

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana
yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn
Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman
Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.
01. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

02. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

03. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

04. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

05. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

06. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

07. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

08. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

09. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta
seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam...


Antara kata-kata Saidina Ali :

~ Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.

~ Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.

~ Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.

~ Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.

~ Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.

~ Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.

~ Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.

~ Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.

~ Tidak ada pujian bersama kesombongan.

~ Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.

~ Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.

~ Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.

~ Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.

~ Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.

~ Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.

~ Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.

~ Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.

~ Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.

~ Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.

~ Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.

~ Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.

~ Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.

~ Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.

~ Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.

~ Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.


Friday, February 26, 2010

APA ITU AURA?

AURA boleh didefinasikan sebagai medan tenaga elektromagnagnetik yang mengelilingi setiap benda. Apa sahaja benda yang mempunyai struktur atom akan mempunyai AURA. Atom setiap benda ini terbentuk dari electron-elektron dan proton-proton yang sentiasa bergerak.

Bukan manusia sahaja yang memancarkan AURA, tetapi benda lain juga memancarkan AURA seperti pohon, haiwan, kristal dan sebagainya. Salah satu cara meningkatkan AURA pada seseorang iaitu dengan melakukan meditasi dan MANDI BUNGA
Sifat AURA ialah tembus pandang pada semua benda. AURA yang kuat, segar dan hidup akan menyebabkan seseorang itu memiliki daya tahan, daya juang, daya pemikiran,daya tahan penyakit, dan tarikan yang kuat. Secara tidak langsung akan melibatkan kehidupan seharian yang lebih harmoni, ceria dan bermakna sama ada bagi diri sendiri mahupun mereka yang berkaitan rapat dengan segala urusan anda.

Thursday, February 25, 2010

RENUNGAN KISAH MUHAMMAD SAW

Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika beliau mengimami solat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Sesudah solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Para sahabatpun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”. Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung peribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badwi tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.

Sahabat sekalian, sungguh kehadiran Rasulullah SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah SWT.

Berselawat lah kita ke atas junjungan Rasullah SAW.
Moga syafaatnya diperoleh.

SALAM MAULIDUR RASUL~

kita sering bertanya..................

kita selalu bertanya......dan al quran menjawab

kita bertanya:kenapa aku diuji? apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengataka:
"kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang berdusta"

kita bertanya:kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

quran menjawab:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahalnya ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahalnya ia amatlah buruk bagimu,allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
Surah Al-Baqarah ayat 216


kita bertanya:kenapa ujian seberat ini?
quran menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Surah Al-Baqarah ayat 286

kita bertanya:kenapa rasa frust?
"jangalah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman"
Surah Al-imran

kita bertanya :bagaimana harus aku mengahdapi?
quran menjawab:
"wahai orang-oang beriman ! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan, dan kuatlah kesabaran kamu lebih daripada musuh di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwa kamu kepada Allah sepaya kamu berjaya mencapai kemenangan.

kita bertanya :bagaimana harusaku menghadapinya?
"dan mintalah pertolongan kepada allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
surah Al-Baqarah ayat 45

kita bertanya:apa yang aku dapat daripada semua ini?
quran menjawab
:cukuplah Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri,harta meraka dengan memberi syurga untuk meraka
Surah Al-Taubat ayat 111

kita bertanya:kepada siapa aku berharap?
quran menjawab
:cukuplah Allah bagiku.tidak ada tuhan selain darinya. hanya kepadanya bertawakkal"
Surah Al-bertaubat ayat 129

kita bertanya : aku tak dapat tahan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quran menjawab
..................dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
Surah Yusuf ayat 12

No comments:

Post a Comment