Banner

Wednesday 15 February 2012

bahawa jaminan syurga anda ada padanya. InsyaAllah.
Jan-1-2012
0
Perasan tak bahawa kucing sekarang kurang memakan tikus berbanding ikan? Mengapa berlaku sedemikian? Jom lihat jawapannya di bawah.
Kucing suka makan tikus kerana kucing kekurangan bahan “taurin” di dalam badannya. Taurin ini diperlukan bagi membantu kucing mengekalkan kebolehannya untuk melihat di dalam gelap. Kucing tidak dapat menghasilkan “taurin” dengan sendiri. Walau bagaimanapun, badan tikus kaya dengan taurin. Untuk mendapatkan taurin yang mencukupi serta mengekalkan keupayaan kucing melihat di dalam gelap, kucing perlu memakan tikus.
Falsafah dari fakta ini ialah kucing kalau boleh dia tak mahu makan tikus, lebih-lebih lagi tikus pengotor. Kucing lebih selesa makan ikan. Tetapi dia terpaksa makan tikus kerana dia perlukan “taurin” untuk membolehkannya melihat di dalam gelap. Begitu juga kita manusia. Ada sesetengah ubat, herba atau ulam-ulaman, kita tidak gemar memakannya. Tetapi kita mesti makan untuk melawan atau mengindari sesetengah penyakit.

Oleh itu makanan atau ubatan yang tidak sedap dimakan ada hikmahnya kalau kita amalkan. Kita biasanya hendak yang sedap sahaja. Yang pahit atau tidak sedap kita elakkan samasekali. Padahal banyak manfaatnya.

No comments:

Post a Comment