Banner

Wednesday 15 February 2012

bahawa jaminan syurga anda ada padanya. InsyaAllah.
Dec-19-2011
0
Bilik tidur pengantin dalam perkahwinan kini menjadi satu kemestiaan. Tempat yang diberi keutamaan, bilik tidur pengantin selalunya dihias indah untuk meningkatkan suasana perkahwinan yang dikecapi sekali dalam seumur hidup. Selain itu, bilik tidur pengantin selalu menjadi perhatian tetamu terdekat. Walaupun ada tetamu yang tidak masuk, tetapi sudah pasti ada yang menyelak langsir untuk mencuri lihat ke dalam.

Bagi bakal raja sehari, kali ini WanitaSihat ingin kongsikan tips menghias bilik tidur pengantin supaya bilik pengantin dihias cantik sesuai dengan kemampuan masing-masing.
A. Katil Pengantin


  • Pilih katil yang simple (tiada tiang-tiang dan penghalang di bahagian kaki).
  • Pilih cadar dan duvet berwarna putih atau krim (sebaik-baiknya 100 % cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu melalui malam pertama yang menyeksakan.
  • Anda perlukan 4 biji bantal(2 bantal dengan warna yang sama dengan cadar, mananakala 2 lagi bantal dengan sarung berwarna kontras) *Peringatan:Selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling
  • Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli dan mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap).
  • Gantungkan satu frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi kita pilih gambar yang mempunyai unsur ketenangan dan romantis. (Contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dan lain lain.)
  • Letakkan 2 meja kecil di kedua-dua bahagian sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan di dalam pasu kaca. (Anda juga boleh gunakan bunga palsu yang kelihatan seakan-akan bunga segar. Letakkannya dalam pasu yang lutsinar dan berisi air supaya ia nampak lebih real) Selain bunga, anda boleh hiaskan ia dengan potpuri, lilin wangi atau teddy bear.

Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan efek ekslusif dan romantis.
Tambahan:
  • Hiaskan katil dengan kelopak bunga ros mengikut citarasa anda.


  • Susun bantal mengikut kesesuaian bilik tidur anda. Cara pertama ialah menyembunyikan dua bantal di bawah duvet, dan mempamerkan dua lagi di atasnya (seperti gambar atas). Atau anda boleh susun dua bantal besar (didirikan) di atas duvet dan susun dua atau empat kusyen berwarna di hadapannya.
  • Pastikan bilik anda sentiasa wangi. Gunakan aromaterapi untuk menghasilkan mood yang tenang dan romantik.
  • Bilik anda akan bertambah cozy jika mempunyai pendingan hawa di dalamnya.

B. Almari pakaian dan meja solek

Pada kebiasaanya, almari pakaian & meja solek boleh didapati dalam set katil. Jadi, anda tiada masalah untuk memadankan warna antara keduanya. Isu yang ada hanyalah, di mana sepatutnya ia diletakkan.Sebenarnya, ia terpulang pada kreativiti anda. Asalkan ia praktikal, bilik masih nampak luas dan tidak menghalang cahaya yang akan masuk melalui tingkap.


C. Tingkap dan Langsir

Dalam idea kali ini, kita akan menggunakan 2 lapisan langsir. Iaitu langsir pada waktu siang (day curtain) dan langsir pada waktu malam (night curtain).Untuk pencahayaan bilik sewaktu tetamu datang (pada hari majlis), gunakan cahaya lampu kuning sahaja. Tutup cahaya dari tingkap dengan night curtain.
Day curtainpula boleh digunakan pada hari-hari biasa (untuk mengawal kuantiti cahaya matahari yang masuk). Pastikan night curtain sentiasa diikat dengan kemas apabila ia tidak digunakan.
Bagi pemilihan fabrik pula, anda boleh gunakan fabrik langsir yang agak berat dan mempunyai warna-warna mewah (meskipun tidak mahal) dan ia lebih gelap daripada warna dinding anda.

D. Ambal / Permaidani kecil

Pemilihan ambal juga akan memberi kesan kepada bilik anda. Pastikan anda memilih ambal yang sesuai dengan konsep warna bilik anda dan mempunyai testur yang lembut dan selesa.

E. Kawasan Rehat

Sekiranya bilik anda masih mempunyai ruang yang luas, susunkan kerusi atau sofa dan meja kecil. Letakkan kusyen di atas kerusi tersebut dan hiaskan meja dengan tumbuhan hijau.

Siaplah sebuah bilik pengantin yang simple tapi cantik. Anda boleh hiaskan lagi bilik ini dengan aksesori lain seperti barang-barang yang membangkitkan memori anda berdua. Hadiah pemberian si dia, puisi khas untuk pasangan atau surat propose yang diframekan dan sebagainya. Bilik yang simple pun boleh jadi cantik dengan sentuhan kreativiti anda. Selamat menghias!
Sumber

No comments:

Post a Comment