Banner

Wednesday, 8 February 2012

Petua Menambah Rezeki Kekayaan

1. Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
2. Rajin melakukan solat sunat Dhuha.
3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.
4. Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
5. Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
6. Membaca Surah Al-Mulk
7. Membaca Surah Al-Muzammil
8. Membaca Surah Al-Lail.
9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari.



Petua Bila Masuk Rumah Baru

1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-QuranDalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.


Go to fullsize image

Rahsia Bismillah Enam

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Thursday, December 2, 2010

Nasihat Untuk Wanita

1. Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya.
4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).
14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Sunday, November 21, 2010

Anda Pernah Jumpa Orang Bunian?

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah. Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi mereka juga dikenali mendiami dekat golongan manusia dan juga dikatakan mengongsi sama rumah dengan keluarga manusia. Separuh kehantuan dikatakan orang bunian.
Orang Bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian diketahui menculik kanak-kanak manusia dan dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.
Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.
Sumber artikel : http://ms.wikipedia.org/

Petua Agar Wanita Cepat Di Pinang Orang

Sentiasa Memelihara Penampilan - Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga, dating atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan mudah untuk didampingi oleh lelaki dan cepatlah dia akan meminang anda.
Lemah Lembut Orangnya - Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.
Sentiasa Menjaga Maruah Diri - Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapa pun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.
Merendah Diri - Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.



Saturday, November 20, 2010

Petua Atasi Anak Kencing Malam

Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun. Walau bagaimana pun jika anak anda kencing malam selalu, amalkan petua dan panduan berikut:
1. Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila dia terasa nak buang air. Kalau dia takut bangun untuk pergi ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan anda.
2. Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
3 .Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam
4. Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tetapi kalau anak anda tidak mahu bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa ke bilik air sebelum tilamnya dibasahkan.
5. Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing di atas tilam itu tidak bagus. Contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada anda sekeluarga.
6. Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis atau comforter yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing di atasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai comforter.
7. Beri anak anda minum 5 hingga 7 gelas air pada siang hari, tetapi elakkan memberi air teh atau kopi sebelum masuk tidur.
8. Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.



No comments:

Post a Comment