Doa Pengasih
Doa pengasih ini
baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka
seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti
menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang
dimentarakan dengan menggunakan sihir.
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT
akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang
berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir,
selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir
kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua
dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk
mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca
dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya
membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu,
agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas
solat sebanyak 3 kali.
No comments:
Post a Comment