Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W
Dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memilih
Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi model peranan kepada
seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan
sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan
Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet
Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah
ikan.
2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan
daging.
5. Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain
koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat
susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur
sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut
namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar
kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya
lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

11. Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
12. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak,
baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya
dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur
sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.

18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum
dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan
kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi
menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah
jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan
dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam
sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang
lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita
makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna
makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).

29. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.
30. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
31. Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment