Petua Keluarga Bahagia - Datuk
Dr Fadzilah Kamsah untuk keharmonian rumah tangga
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih
sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi,
berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan
diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan
atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada
perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh
tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko
emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi
keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil
kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan
semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan
kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk
merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat
pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan
nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang
sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan
dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum
tidur.
26. Sentiasa bersangka baik
terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada
pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada
pasangan.
29. Berubah secara
kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat
perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam
situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk
mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula
jadi pasangan.
34. Memahami peranan
‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama
pasangan.
36. Jangan simpan
ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang
dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk
membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu
teguran.
40. Sebut ‘I love you’
sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan
bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan
berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk
mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari
ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi
daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan
atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat -
bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari
segi:
(a) Mental, pendidikan dan
ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sos***
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu
lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak
bersendirian.
55. Memberi peluang untuk
berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari
semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk
memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke
depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang
bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau
peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan
positif.
62. Elakkan mendera pasangan
dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal
kepada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment