TAPAI UBI MENGELAKKAN KANSER.
Salam Pembaca,
Malam
tadi seorang staff sekolah Menengah Hutan Melintang, Perak.
Allahyarhamah Faridah Hanim, 49 tahun telah kembali kerahmatullah kerana
penyakit kanser. Agak terlewat juga kerana penyakit kanser arwah telah
dikesan 4 bulan yang lalu pada "Stage 4". Semuga roh beliau dicucuri
rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.
Sebelum ini berbagai N3 telah captain masukkan di dalam blog ini berkenaan penyakit kanser. Daripada N3 "Daun belalai Gajah" sehingga "Surah-surah untuk memusnahkan sel-sel kanser".
Kenapa captain terlalu ambilberat tentang penyakit ini?. Kerana ada
ahli keluarga yang mengidap kanser berkaitan darah dan kulit. Jadi
berbagai ikhtiar dilakukan mahu perubatan moden dan homopati termasuk
juga menggunakan ayat-ayat al-quran. InsyaAllah usaha ini diberkati
Allah SWT dan nampak perubahan yang positif. Semua penyakit sembuh
dengan izinnya. Semalam ada pembaca yang SMS captain minta "Daun Belalai
Gajah" dan captain telah bagi no tel pembekal yang di Johor.
N3
kali ini satu lagi ikhtiar untuk mengelakkan kanser atau mengurangkan
pertumbuhan sel-sel kanser melalui pemakanan "Tapai ubi" yang sedang
dikaji oleh Dr Latifah Saiful Yazan 33, seorang pensyarah Fakulti
Perubatan dan Sain Kesihatan, UPM.
Kajian
awal mendapati tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser
termasuk kanser payu dara, servikal ovari termasuk leukimia.
Kepada
pembaca yang mempunyai ahli keluarga atau saudara yang mengidap kanser,
jadikan tapai ubi sebagai menu setiap hari supaya dapat mencegahkan
penyakit kanser.
Disini captain sertakan cara-cara membuat "Tapai Ubi" sekiranya pembaca ingin membuat sendiri.
Bahan-bahan:
1kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan
1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)
beberapa helai daun pisang
gula pasir secukupnya
Cara-caranya:
Ubi
yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja. Kemudian
disejukkan . Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang
telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun
kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang. susun sehingga habis
dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus
dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari.
Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan
menjadi lembut.
No comments:
Post a Comment