Penjara Minda Bagi Orang Islam
Perang minda sudah lama bermula yakni
sejak zaman penghabisan perang salib lagi malahan mungkin lebih awal
dari itu. Kita mungkin tidak menyedarinya, apatah lagi apabila kita
lahir, kita sudah dijinakkan dengan perang minda yang sangat licik
permainannya hingga membuat manusia terus lupa dan alpa.
Apakah perang minda ini? Perang minda
adalah salah satu propaganda musuh islam untuk menjajah minda orang
islam, tapi adakah kini kita sudah dijajah?
Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Cubalah kita melihat situasi di bawah yang berlaku di seluruh dunia:
- Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad.
- Di negara Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki.
- Gladstone, “Selagi Al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropahtidak akan berjaya selama-lamanya.”
- Pemerintah Perancis di Algeria berkata, “Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.”
- Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka.”
- Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah.”
- Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat.
- Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat.
- Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran.
- Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas.
- Menonjolkan wanita Barat moden dan memundurkan wanita Islam.
- Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam.
- Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar) berkata, “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang.”
Berikut merupakan antara peranan yang
wajib dimainkan oleh remaja Islam pada masa kini dalam menempuhi cabaran
mega yang melanda di gelanggang dunia keislaman masa kini:
- Penguasaan ilmu (fardhu 'ain dan fardhu kifayah).
- Bina kekuatan berfikir dengan membaca.
- Kuasai bahasa Al-Quran dan mentadabburnya (meneliti danmenghayatinya).
- Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya).
- Sibukkan diri dengan gerakan, persatuan, dan jemaah yang membangunkan syiar Islam.
- Kembali cintakan amal ibadah.
- Dampingi golongan alim ulama'.
- Sentiasa mendirikan solat jama'ah tidak kira di masjid mahupun dirumah dalam sebuah keluarga.
- Jernihkan aqidah daripada perkara-perkara yang khurafat.
Sekecil mana pun amalan yang kita mampu
lakukan dan sekiranya kita berniat untuk berjihad fisabilillah,
insya-Allah... Allah sentiasa bersama kita. Amin...
Pepatah Arab ada mengatakan, 'Al-ilmu
bila 'amalin kashsyajari bila samar... Ilmu tanpa amal, ibarat pohon
tidak berbuah... Renung-renungkanlah...
Konspirasi Pada Minda
No comments:
Post a Comment