Melakukan dosa akan menyebabkan
terhalang daripada rezeki dan tidur pada waktu subuh juga akan menghalang
rezeki kerana banyak tidur akan membawa kepada kepapaan, papa pada sudut harta
dan papa pada sudut ilmu.
Antara perkara yang membawa
kepada kepaaan adalah :
1. Tidur sambil telanjang
2. Kencing telanjang
3. Makan dalam keadaan
berjunub
4. Makan sambil menyingking
atas lambungnya
5. Bermudah-mudah dan
membiarkan dengan tumpahan daripada hidangan nasi, roti dan umpamanya.
6. Bakar kulit bawang putih
dan bawang merah
7. Menyapu rumah dengan kain
8. Menyapu rumah pada waktu
malam
9. Membiarkan sampah pada
rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan
orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibubapa
dengan nama keduanya
12. Mencungkil gigi dengan
tiap-tiap kayu
13. Membasuh tangan dengan
selut dan tanah
14. Duduk atas direning pintu
15. Bergantung-gantung atas
salah satu daripada dua keping papan pintu
16. Berwudu' di tempat qada
hajat
17. Menjahit kain yang di atas
tubuhnya
18. Mengeringkan basah-basah
muka dengan kain yang dipakainya
19. Membiarkan sarang
labah-labah pada rumahnya
20. Bermudah-mudah dengan
solat
21. Segera keluar daripada
masjid setelah solat subuh
22. Berpagi-pagi ke kedai dan
lewat pulang dari kedai
23. Berdoa dengan kejahatan ke
atas anaknya
24. Tidak menutup bekas
makanan
25. Menghembus pelita dengan
mulut
26. Menyurat dengan pen yang
diberkas
27. Menyikat dengan sikat yang
patah
28. Tidak mendoakan kebaikan
kepada kedua ibubapa
29. Membelit serban sambil
duduk
30. Memakai seluar sambil
berdiri
31. Terlalu jimat
32. Boros
33. Pemalas
34. Bermudah-mudah dalam
setiap perkerjaan
No comments:
Post a Comment