( Permulaan doa dimulakan dengan
Al-Fatihah dan selawat ke atas baginda Rasulullah )
Ya
Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu
perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari
kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.
Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah,
berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah
kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik
dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik. Ya Allah! Engkau
jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu
ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa
untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau
ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu.
Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan
dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah . Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim! Engkau
satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang
bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami
kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran
dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah
Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan
perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta
masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan
rahmatMu jua Ya Allah! Ya Allah Ya Robbul Alamin ! Perkenankanlah kami untuk
menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara
yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami
daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.
Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan,
kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-sifat yang tidak Engkau
redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa. Ya Allah!, Engkau
perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan
kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami,
perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah
kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.
1.
Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman,
amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan
membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita
setiap hari.
2.
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini
adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran
dan dalaman.
3.
Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan
sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.
Sedikit
tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.
No comments:
Post a Comment