Banner

Thursday, 2 February 2012


Petua Untuk Tidur Lena
Posted: 27 Dec 2011 10:15 AM PST


Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.
Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.
Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tidak semestinya mewah, tetapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.
Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.
Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru, elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.
Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.




Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan
Posted: 27 Dec 2011 10:09 AM PST


1. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur. Pelbagaikan pengambilan buah-buahan.
2. Susu perlu ada dalam dalam diet harian anda. Minum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yoghurt atau keju.
3. Anda boleh menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak, seperti sandwich, bertih jagung ataupun popia basah.
4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Masakan secara memanggang, membakar atau mengukus lebih bermanfaat.






Petua Menghindari Rambut Kering dan Gugur
Posted: 27 Dec 2011 10:02 AM PST

Penjagaan:
1. Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga. Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
2. Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
3. Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering.
Bahan Yang Sesuai:
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.
Cucian:
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.
Penggunaan Krim:
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban. Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.
Air Suam/Jus:
Pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut anda. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya 2 liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

No comments:

Post a Comment