SAKA.SIHIR & GANGGUAN
"Kami Membongkar Kehebatan Al-Quran & Sains Untuk Keperluan Anda"
"Setiap
penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu
penyakit, maka sembuh dengan izin Allah S.W.T." sabdanya lagi yang
bererti "
Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, kecuali diturunkan pula dengan ubatnya.
PENYAKIT SIHIR
Menurut
ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi
syaitan. Ianya juga dikatakan perbuatan yang mengelirukan pancaindera
Sihir
boleh memberi kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci,
mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan menjauhkan.
Sihir
adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin
dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun
meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk
mereka.
Anda Sudah Sedia Untuk Berkahwin?
Anda
mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi
masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan
percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk
melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan
pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum
mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus
menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua
perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah
bertahun-tahun bercinta.
Ada alasan kukuh berkahwin- Perkara
paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa
anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi
daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga
masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun
alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda
sehingga anda benar-benar yakin.
Sedia untuk sakit hati - Segala
tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan
mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng
masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus
sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka- Masalah
selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul
untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika
anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan
agar hubungan emosi tetap terjalin.
cermin diri
1.
Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.
Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di
hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2.
Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini
tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4.
Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan
kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan
dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5.
Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan
sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni
bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang
lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang
ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6.
Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat
marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tetapi dapat
disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia
normal.
No comments:
Post a Comment