Diforwardkan oleh seorang
rakan beberapa tahun yang lepas. Rasanya bagus untuk dikongsi bersama.
Pada yang belum berkahwin tu,
simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu
tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.... bagaimana petua org tua2 dpt
membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya
Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...
Membasuh pakaian, sekarang
rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju
kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh
sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa
melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia
tu).
Juga bilik. Bilik tidur kita
sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!.
apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama
tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg
mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia
tu),
APA RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!!... itulah
rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg
saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu
dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah
rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg
merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun
kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat
menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee
maggie!!!.
Begitu juga memberi makan
anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan
hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul
sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg
kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu
bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak,
kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah
pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya.
Pecayalah...Tak dapat lakukan
sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat
lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik
lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk
keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan
tangan ibu.
Kebajikan Suami juga, kenapa
harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian
dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya,
jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti
daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak
dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu
dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes
menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan
bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami
boleh berubah angin!!!).
Jadi berhati2lah dlm
mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm
hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya
terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami
sentiasa sayang dan merindui kita.
Bayangkan suami balik dari
kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org
masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita
dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan /
seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita
penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu
dari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta
tak masuk akal.
Lagi satu bab pakaian kecik,
kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba
kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan
tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat
khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian
dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka
berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari
penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian
dlm berasingan dgn baju2 lainnya.
Berbanding kita sekarang,
sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok,
sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang.
Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba
adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...
Pakaian dlm ini (maaf TM kena
berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita
'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya
dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh
(walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun,
saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya'???
Dan ini yg paling penting,
bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri,
usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada
didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan
sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama
suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya
hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra
antara keduanya agar kekal sampai bila2.
Pesan Harlene-selalu selalulah
suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan
suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu
sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak
berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya
No comments:
Post a Comment