AWAS! PISANG GORENG PEMBUNUH!

Sepiring pisang goreng yang rangup pasti menyelerakan. Tetapi
berhati-hatilah kerana sepiring pisang goreng ini mungkin boleh
membunuh!
Adik Yong seorang pakar masakan. Dia pakar bukan macam chef, tapi
pakar dalam pengurusan masakan yang sesuai untuk jualan (makanan sejuk
beku dan sebagainya). Menurutnya ada peniaga menggoreng pisang dalam
minyak yang dicampur plastik! Tujuannya supaya pisang itu kelihatan
berkilat dan rangup. MasyaAllah! Terkejut Yong mendengar ceritanya. Ada
orang yang sanggup buat begitu demi mengaut keuntungan.
Yong pun cari dalam internet lalu terjumpa blog ini. Penulis blog
menceritakan bagaimana menghasilkan pisang goreng plastik ini. berikut
petikan tulisan tentang pisang goreng plastik ini:
Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa,
namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada
dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa
usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi
kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat.
Percayakah anda, baru-baru ini, kawan saya melihat sendiri
bagaimana seorang peniaga merendam plastik minyak masak beserta
minyaknya sekali kedalam kuali yang berisi minyak panas? Kemudian,
peniaga tersebut mengoreng pisang tersebut seperti biasa. Tergaman kawan
saya itu.
Huh! Inilah taktik terbaru peniaga yang mengejar keuntungan tanpa
memikirkan kesan kesihatan orang lain. Ada juga sesetengah peniaga yang
membuat campuran bahan plastik dalam ramuan tepung sebelum digoreng
bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam
lamanya.
Beradasarkan maklumat diperoleh, taktik popular dan tidak
melibatkan kos mula diamalkan peniaga pisang goreng. Apa dilakukan,
peniaga akan mencairkan bekas air mineral atau penyedut air dalam minyak
panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak
berkenaan.
Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang tersebut kekal segar dan rangup.
Seterusnya di sini.
Plastik mengandungi bahan kimia seperti bisphenol A (BPA) dan
phthalates boleh menghuru-harakan system endoktrin (endoctrine system)
dalam tubuh badan kita. Kesannya boleh mengakibatkan ketidakstabilan
hormon yang akan menyebabkan masalah tumbesaran dan penyakit2 lain
seperti kegemukan, kencing manis, barah payudara, barah prostrate dan
kemandulan. Penyakit2 inilah sekarang yang kiat meningkat dideritai oleh
ahli masyarakat modern di negara kita.

| Kelenjar Endoktrin |
Bayangkan jika bahan2 kimia ini masuk ke dalam sistem endoktrin kita melalui makanan! Tolong sebarkan maklumat ini.
Bagi mereka yang ingin berniaga pisang goreng, tepi jalan atau
kedai makan, tolong jangan hanya fikir tentang keuntungan sahaja. Jika
anda pernah melakukannya, mintalah keampunan dari Allah dan jangan
melakukannya lagi. Ini kerana anda mungkin telah memudaratkan orang dan
menyebabkan kematian!
No comments:
Post a Comment