Banner

Sunday 29 January 2012

Posted: 24 Oct 2011 12:56 AM PDT
KALI ini warna hitam mengambil giliran untuk kita bicarakan sepintas lalu daripada pelbagai aspek. Sebut warna hitam, teringat saya akan buah manggis. Ia terdapat di dalam sebuah pantun (dalam lagu rasanya) tapi tak ingat, yang berbunyi lebih kurang begini..
Warna Hitam Dari Pelbagai Aspek
Hitamlah hitam si tampuk manggis,
walaupun hitam di pandang manis,
hitamlah hitam si beras pulut,
yang hitam manis hati terpaut.
Kalau ada yang ingat lagu apa ini, sila kongsikan di ruangan komen ya.
Warna hitam seringkali dikaitkan dengan suasana yang penuh misteri. Tidak pasti mengapa. Barangkali kerana ia begitu rapat dengan kekelaman warna malam yang mampu menyembunyikan seribu satu perkara di dalamnya.
Bagi saya sendiri, apa yang paling menarik perhatian saya terhadap warna hitam ini adalah kerana ianya merupakan warna dominan alam semesta. Sekurang-kurangnya untuk Galaksi Bima Sakti la. Hehee.. Kenapa warna angkasaraya hitam? Boleh saja kalau Allah SWT mahu menggunakan warna-warna lain bukan. Hmm.. Ada apa ya dengan warna hitam? Sungguh misteri sekali.. Warna Hitam Dari Pelbagai Aspek
Dari segi sains, hitam sebenarnya adalah gabungan daripada semua spektrum warna. Ia merupakan kebalikan daripada warna putih yakni menyerap semua jenis pancaran warna, tetapi jangan silap hitam juga merupakan pemancar warna terbaik di samping menjadi penyerap haba yang cukup efektif!
Beralih ke dunia fesyen, hitam adalah warna penyelamat dikala anda tidak tahu harus mengenakan pakaian warna apa. Sebab itulah kenapa kasut yang paling senang untuk dipadankan dengan apa jua pakaian biasanya berwarna hitam atau sekurang-kurangnya daripada warna-warna gelap. Labih daripada itu, warna hitam akan membuat si pemakainya kelihatan anggun dan elegen. Satu lagi kelebihannya, seseorang yang mengenakan warna bertemakan hitam akan tampak kelihatan lebih kecil atau kurus.
Sementara dari segi personaliti, dikatakan penggemar warna hitam:
- Suka membuat perancangan yang teliti.
- Teratur dan serius dalam percakapan.
- Gemar bercakap mengenai cabaran yang dihadapi.
- Mementingkan protokol, data, fakta dan bukti dalam kerja harian.
- Berminat dengan angka.
- Kadangkala menggunakan kuasa yang ada dengan mendesak orang lain.
- Seorang yang skema.
Begitulah serba sedikit mengenai warna hitam. Walaupun ada pelbagai lagi perkara belum disentuh yang berkait rapat dengan warna hitam yang menawan ini.
Artikel Popular Lain:
Kepada pembaca lain yang sukakan anak kucing juga. Mari nikmati gambar-gambar cute anak kucing yang sempat saya kumpulkan di bawah..
anak kucing outih comel
anak kucing tido
cutenya anak kucing ni
gambar comel sagat anak0kucing
gambar cute dua anak+kucing
gambar cute kitten
Cute tak? icon smile
Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.

Sumber Asal: Geramnya Tengok – Gambar-Gambar Anak Kucing Cute Ni! | Julmazli Dot Com
Nuffnang Ads

Cara Menjana Kemahiran Motor Halus Anak

September 14, 2011 By: surihati_ku Category: "How To"
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB26Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Rindunya hati apabila laman pakarhowto tidak dijengah semenjak Suri mempunyai sebuah blog baru. Episod bermula takala ia digodam begitu teruk sekali oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan blog pakar sepi tanpa bunga-bunganya. Insyallah kehadiran Suri pada hari ini akan mencuba sadaya yang mampu untuk memberikan sedikit fokus pada blog ini.
Topik yang ingin Suri ketengahkan rasanya semua ibu bapa harus mengambil tahu untuk membentuk perkembangan motor anak-anak anda seusai dia dilahirkan sehinggalah ia membesar sebagai generasi yang berjaya. Berikut Suri senaraikan beberapa point penting untuk rujukan sahabat semua.
Disini Suri berikan beberapa cara yang mudah untuk untuk ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam kemahiran motor halus anak. Berikut adalah saranan yang wajar anda membantu si kecil agar ia berupaya bermain persekitarannya dengan lebih baik lagi.

Objek jatuh
Ketika barang permainan kanak-kanak atau bayi jatuh biarkan dia sendiri mengutip objek atau alat permainan tersebut di atas lantai atau meja. Ini menunjukkan petanda bahawa dia memiliki kemahiran motor halus dan baik.


Tisu muka yang lembut atau kertas

Lihat dia akan cuba merasai kelembutan tisu itu dan cuba mengoyakkannya. Ia menandakan bahawa pergerakan otot-otot si kecil seperti jari-jemarinya, mata dan sebagainya sedang berkerja keras untuk merasi nikmat sesuatu barang tersebut apabila dipegang, di ramas dan sebagainya.

Menconteng
Takala kanak-kanak atau bayi anda sedang menulis atau menconteng ia menandakan kemahiran asas dalam perkembangan motornya amat bagus sekali. Ini kerana mereka berupaya untuk memegang, berimiginasi tinggi terhadap daya pemikirannya.
Bermain play-doh atau tepung
Manfaatnya sama seperti bermaian tisu dan kertas juga. Memahirkan jari – jemari membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk mengulangi permainan tersebut berulang kali. Ini menandakan bahawa kemahairan motor yang digunakan sebaik mungkin. Dari memegang, menumbuk, melecek semuanya melibatkan daya motor halus.
Nuffnang Ads

15 Petua Mendidik Anak Cemerlang

September 13, 2011 By: PakarHowTo Category: Petua, Tips
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB239Sewaktu mendidik anak, ada ibu bapa yang menggunakan kekerasan sehingga anak menjadi takut kepada orang tua mereka. Tidak kurang yang tidak tegas mendidik dan membiarkan anak tanpa peraturan sehingga anak menjadi liar.

Ada yang berkata, cara mendidik anak akan memberi kesan besar dalam hidup apabila mereka dewasa kelak. Ada juga yang mengatakan ibu bapa perlu mendidik anak BUKAN mengikut cara mereka dididik dulu tetapi mengikut peredaran zaman kini.
Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak :

  1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari, bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak. Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin kehidupannya.
  2. Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada Al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan.
  3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
  4. Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan.
  5. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggungjawab dan seumpamanya. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
  6. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak.
  7. Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada-pada.
  8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan.
  9. Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa misali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang. Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
  10. Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya dan menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu.
  11. Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita apabila mereka berdepan dengan masalah.
  12. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih kepada anak termasuk mengajar menyimpan rahsia, latih mereka berpuasa serta membentuk kemahiran sosial anak, contohnya berkawan dengan betul.
  13. Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak serta mengajar mereka cara membuat keputusan yang baik.
  14. Kenal pasti kecenderungan dan minat anak. Selain daripada memerhatikan sendiri anak-anak, boleh bertanya pada guru atau rakan mengenai hobi mereka kerana mungkin ada yang terlepas pandang.
  15. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah menjadi insan cemerlang.
Sumber : Harian Metro


1. Pyramid of Giza
Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.





2. Acropolis of Athen
Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadunGreek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenalPheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.






3. Machu Pichu
Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco,Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.






4. Stonehenge
Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.


5. Chichen Itza
Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina MayaChichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa.  





6. Pompeii
Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, ItalyPompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.
7. Ayutthaya
Dibina pada tahun 1350 oleh King U-ThongAyutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.
Panduan mencari arah kiblat ada beberapa cara... cara yang mudah adalah seperti cara2 di bawah...


Ada beberapa cara.


Yang pertama sila ke laman web http://www.qiblalocator.com/ ia ada menunjukkan cara untuk kita mengetahui dimana arah kiblat dengan menaip kawasan rumah kita. Ia seperti google earth.


Qibla Locator atau penunjuk arah kiblat antara lain dibuat oleh Ibn Mas’ud dengan menggunakan peranti lunak aplikasi Google Maps API v2, sejak tahun 2006. Teknologi ini  dikembangkan oleh  Hamed Zarrabi Zadeh dari Universitas Waterloo di Ontario, Kanada.


Dengan Qibla Locator yang berbasis Google Earth ini dapat diketahui arah kiblat dari mana pun kita berada. Untuk mengetahuinya, kita cuma meletakkan lokasi tempat kita, , alamat atau nama jalan,pos code, dan negara atau garis lintang dan garis bujur di di  kotak atas tuh.


Maka di sisi kanan gambar peta akan muncul besaran arah kiblat atau kabah dan jaraknya dari posisi lokasi yang kita masukkan.


Untuk tahu cara yang lain. boleh rujuk di video youtube di bawah ini. Ia ada menyatakan cara, kaedah yang lain selain menggunakan kompas, seperti arah matahari terbenam, kayu tegak, bintang orian (ketika malam).





Selamat mencuba.




Dalam pada itu juga, sebagai pengetahuan tambahan. Bagaimana cara untuk mengetahui masuk waktu solat dan waktu sembahyang ketika di tempat yang kita susah untuk mencari arah kiblat contohnya di hutan belantara, atau di laut bagaimana perlaksanaanya boleh rujuk di video di bawah oleh ustaz harun din.









Bagaimana nak tahu masuk waktu solat, kiblat dan arah kiblat?


Dalam keadaan- keadaan yang luarbiasa, dimana pada waktu ketika itu kita tidak tahu mana arah kiblat Kita dikehendaki supaya beriktihad (berusaha dengan apa sahaja sedaya upaya) apa yang ada berpandukan kepada matahari, yakin telah masuk waktu sembahyang contohnya waktu subuh, terdengar bunyi ayam berkokok, ataupun waktu zohor kita tengok sudah gelincirnya matahari (matahari melepasi tegak.




Ketika di laut.


Nelayan yang sedang dalam sampan lautan. Ketika bermula takbiratul ihram, hendaklah menghadap kiblat. Kemudian selepas takbiratul ihram, maka terpulanglah kepada keadaan selepas itu, kerana keadaan dalam darurat. Itulah cara kita sembahyang dalam kenderaan yang bergerak dan berpusing.





Kaedah menggunakan kayu tegak.




Pacakkan sebatang kayu yang tegak (objek yang lurus)  di tempat tanah yang rata, ambil hujung bayang menghala ke arah matahari. Maka lurus bayang akan membetulkan arah kiblat.




INFO FALAK :
Matahari akan berada dalam keadaan tegak ke arah kaabah dalam dua kali setahun. Fenomena yang berlaku seperti ini, merupakan peluang untuk kita mengetahui arah kiblat, membetulkan arah kiblat sebelum ini.


28 mei , pukul 5:16 PM (petang)
16 Julai, pukul 5:28 PM  (petang)
Tarikh ini sesuai untuk di malaysia sahaja.




Adakah arah kiblat tempat sembahyang kita tepat? Mungkin ini salah satu usaha yang boleh kita semua mengetahui ilmu falak yang sedikit sahaja sebenarnya dan ada pendapat mengatakan mengambil konsep matahari terbenam tidak tepat. Banyak alternatif lain yang boleh kita pelajari.
tanah kubur, kubur, gambar kubur, kubur yang sunyi
Asal kita dibuatnya adalah dari tanah, dan apabila kita mati disitulah kita ditanam bersama tanah.


Bilakah kali terakhir anda semua menziarahi kubur?? Lepas sembahyang raya?? Ketika kematian ibu/bapa atau orang yang kita kenali. Atau tak pernah pergi langsung. Percayalah kita semua akan melaluinya apabila sudah sampai waktunya.


Doanya adalah seperti berikut.


doa ziarah kubur, doa kubur, doa dtang kubur, doa ketika dikubur




Atau yang jelas:




dpa ziarah kubur, doa kubur, doa dtang kubur, doa ketika dikubur
(HR. Muslim 2/671).
Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari orang-orang mukmin dan muslim, dan sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul kalian (Semoga Allah merahmati orang yang mendahului diantara kita dan mereka yang menyusul kemudian). Aku memohon kepada Allah untuk kami dan kalian keselamatan“.




Audio untuk mendengar doanya lebih jelas:







Dan juga tontonan mengenai ziarah kubur:







Tuntas ini adalah untuk peringatan diri sendiri yang sering leka dengan urusan duniawi. Moga-moga kita sentiasa berada dalam lingkungan rahmat illahi. Subhanallah.

DIY Straws


Screaming Straw

Bowling Pin Straw

More than a Straw

Stainless Steel Straw

Sports Straw

Straw Football Cup

Drinking Glasses

Glow Straws

Spongebob Straws




Paper Straws



Chili Straws



iStraws



Dots Straws



Birdie Straws 



Bamboo straws



Dancing Skull Straws



Tinker Bell Straws



Bombilla Mate Straw



Spoon Artistic Straw





Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.


Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.





4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.



5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.





6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini. (klik )


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.


8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.


9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.